|
Menilai pandangan penggunaan Cawat Besi bagi menangani jenayah rogol
Tulisan ini dengan rendah dirinya adalah bertujuan untuk meninjau kepada pandangan yang menyarankan penggunaan cawat besi bagi mencegah jenayah rogol di kalangan wanita di Terdapat dua isu di sini yang akan Apa ada dengan cawat besi Apa itu cawat? Cawat sering dirujuk kepada seluar dalam atau dalam bahasa Inggerisnya loincloth. Perkataan bercawat sering diasosiasikan dengan orang asli atau orang dayak yang tinggal dipendalaman. Pakaian ini berbentuk segi tiga dan hanya menutupi kawasan sulit pemakainya sahaja. Bagi orang Melayu pula perkataan bercawat sama ada merujuk kepada orang asli ataupun seseorang itu telah menjadi papa kedana. Apa itu cawat besi Perkataan cawat besi pernah dipopularkan tidak berapa lama dahulu oleh seorang ahli politik apabila dia mencadangkan supaya dipakai oleh para wanita bagi mengelak dari menjadi mangsa rogol. Cawat besi secara literalnya difahami sebagai cawat yang diperbuat dari besi untuk melindungi pemakainya dari dicerobohi. Ia dipakaikan kepada atau oleh orang wanita untuk mengelakkan dari dirogol. Cawat besi dikatakan popular dikalangan orang Bugis dan dipakaikan kepada isteri untuk mengelakkan isterinya dari berlaku curang atau dirogol. Cawat besi juga dikatakan mempunyai kunci yang hanya dipegang oleh si suami atau penjaganya. Sejenis alat baru telah dicipta di Afrika Selatan untuk tujuan yang sama yang dinamakan sebagai anti-rape female condom. Alat ini berbentuk leper dan panjang dan dilekatkan duri-duri tajam di atasnya. Cara menggunakannya adalah dengan memasukkannya kedalam alat sulit wanita dan dikatakan akan melekat kepada kemaluan lelaki yang Jenayah rogol Bagi memahami isu cawat besi dengan lebih mendalam, maka isu jenayah rogol yang menjadi punca terbitnya semula isu cawat besi perlu disorot secara sepintas lalu. Wikipedia menakrifkan Rogol (atau pencabulan) adalah serangan seksual yang dianggap oleh kebanyakan orang sebagai jenayah yang sangat serius. Statistik kes jenayah rogol di negara kita menunjukkan satu trend yang sangat membimbangkan. Menurut Malaysia Crime Prevention Foundation jumlah kejadian kes jenayah rogol menunjukkan peningkatan yang signifikan dari setahun ke setahun. Mengikut perangkaan pada tahun 2002 dianggarkan purata berlakunya jenayah rogol adalah sebanyak 4 kes sehari. Rogol kemudian bunuh Fakta ini amat menakutkan dan menggerunkan seluruh rakyat Mencari punca rogol Bagi mencari kaedah untuk mengatasi jenayah rogol maka punca berlakunya jenayah rogol perlu diselidiki. Isu-isu yang perlu dijelaskan ialah kenapa mereka merogol, apakah kriteria mangsa rogol, apakah faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu berubah menjadi perogol. Untuk itu, perbahasan akan dipecahkan kepada beberapa isi iaitu: Punca rogol dari sebab lelaki Fakta yang mengejutkan ialah profil perogol terdiri pelbagai golongan, peringkat umur, kedudukan sosial, dan latar belakang pendidikan. Mereka yang melakukan perbuatan ini didapati menghadapi gangguan psikologi dan emosi yang serius. Gangguan tersebut akan menyebabkan seseorang itu menjadi "manic psychosis" yang boleh menyebabkan seseorang lelaki itu hilang kawalan dalam dirinya. Selain itu, pengaruh dadah, pil khayal, dan arak juga boleh mengakibatkan seseorang itu bertindak secara ganas dan melakukan jenayah seksual hatta terhadap anaknya sendiri. Bebarapa keadaan yang berpotensi untuk menyebabkan seseorang itu menjadi perogol adalah: Personaliti yang lemah. Iaitu sikap suka berimaginasi dan lemah kawalan diri. Mengimaginasikan bayangan atau kelakuan yang erotik ini boleh menimbul keghairahan dan keinginan untuk melakukan seks. Mereka ini berpotensi untuk melakukan jenayah rogol sekiranya mendapat peluang. Sigmund Freud, Erik Erikson dan Jean Piaget berpendapat punca utama jenayah seksual ialah perubahan hormon yang menggugat keseimbangan psikik yang dicapai pada tahap psiko seksual terdahulu iaitu pendaman (latency). Demikian juga bagi individu-individu yang berasal daripada keluarga yang tidak sejahtera dan porak-peranda. Sikap ingin tahu yang keterlaluan Lebih ironis lagi apabila pakar psikologi berpendapat, dorongan melakukan jenayah seks mungkin berasal daripada sikap ingin tahu yang keterlaluan. Menurut Perunding Kesihatan Perilaku, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Khalib Abdul Latiff menjelaskan beberapa ciri-ciri manusia yang mesti diawasi seperti pendiam, Perilaku yang tidak stabil, tidak aktif berpersatuan, tidak mempunyai aktiviti umum yang khusus atau hobi , melakukan kerja yang tidak melibatkan aktiviti fizikal, Kerja `relaks-relaks' dan suka memerhatikan orang. Masyarakat kita yang kononnya bersikap 'tidak mahu menjaga tepi kain orang' merupakan salah satu faktor meningkatnya kes keganasan terhadap wanita. Walaupun mereka melihat dengan mata sendiri, wanita didera suami, wanita dirogol oleh orang yang tidak dikenali namun tiada sebarang tindakan diambil. Kerap menonton VCD lucah, majalah-majalah lucah, laman web lucah dan sebagainya. Faktor seterusnya ialah outlet yang halal untuk melepaskan gelojak nafsu. Ia mungkin disebabkan tidak berkahwin kerana tidak mampu atau memang tidak mahu berkahwin. Dorongan nafsu seks dan sifat ganas boleh dibahagi dua. Nafsu seks memanglah ia suatu naluri semula jadi dalam diri manusia. Cuma gejolaknya berbeza-beza di antara satu individu ke individu yang lain bergantung kepada sekadar mana naluri ini diurus-kendali. Gejolaknya dalam diri seseorang akan meningkat terutamanya jika dia dikelilingi pelbagai imej dan mesej yang merangsangkan nafsu tersebut. Seperti imej-imej dan mesej yang merangsangkan nafsu seks di kacaTV, VCD, akhbar harian, tabloid, majalah, novel, internet, iklan dan lain-lain secara terang dan tersembunyi imej dan mesej seksual bebas digunakan sebagai tarikan dan hiasan. Dalam sebuah temubual yang dilakukan oleh seorang wartawan suratkhabar arus perdana terhadap Peluang Antara faktor lain yang turut menyumbang ke arah berlakunya jenayah seks adanya ruang dan kesempatan bagi si penjenayah. Ruang dan kesempatan berkait dengan soal siapa si penjenayah tersebut, kedudukan dan kebebasannya bergerak di tengah masyarakat, rekod jenayahnya dan sama ada ia diketahui. Ia juga terkait dengan lokasi berlakunya jenayah. Tanpa lokasi yang sesuai penjenayah setegar mana pun akan sukar membuat angkara. Siapa si mangsa juga termasuk dalam faktor ini. Ini amat jelas dalam kes-kes yang melibatkan soft targets seperti wanita. Faktor mangsa juga penting dalam kes-kes jenayah seks yang melibatkan mangsa diperdayakan oleh kenalan sama ada lama ataupun baru. Cara mencegah jenayah rogol Melihatkan kepada punca-punca kejadian jenayah rogol di atas maka tidak hairanlah mengapa pemakaian cawat besi dicadangkan. Jumlah kejadian kes jenayah rogol semakin bertambah dari hari ke hari dan makin bertambah ganas sifat. Namun persoalan yang timbul adalah, sejauh mana keberkesanan cawat besi untuk mencegah jenayah rogol? Adakah disana kaedah lain yang lebih berkesan dan praktikal? Cadangan supaya menggunakan cawat besi menjadi bahan ketawa dan lelucon. Ini merendahkan lagi kredibiliti insititusi ulama lantaran pandangan yang nampaknya tidak relevan. Menurut Dr. Khalib Abdul Latiff iaitu Perunding Kesihatan Perilaku, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Jenayah seksual hanya boleh dibendung dengan dua cara sahaja iaitu pertamanya ialah memantapkan ilmu dan nilai agama secara bersepadu dan yang keduanya ialah menyediakan persekitaran fizikal, media, sosial, politik, ekonomi, teknologi, budaya, adat dan lain-lain yang kondusif untuk membina kehidupan positif dan terbimbing ke arah kemakmuran keluarga, negara, agama, budaya dan bangsa.
Kerajaan Perlu mainkan peranan aktif Peranan utama untuk mencegah jenayah ini adalah dipihak kerajaan. Dalam pindaan tahun 2004 Seksyen 376 Kanun Keseksaan, hukuman paling keras bagi kesalahan rogol ialah mati mandatori ke atas pesalah jenayah rogol yang menyebabkan kematian mangsa. Pindaan ini menghapuskan hukuman sebat dan penjara tetapi sebaliknya pesalah dibawa terus untuk menjalani hukuman mati di tali gantung. Jemaah menteri turut mencadangkan supaya hukuman penjara seumur hidup dengan sebatan dikenakan ke atas perogol yang melakukan kesalahan sama secara berulang tetapi tidak membawa maut. Manakala desakan masyarakat supaya perogol disebat di khalayak ramai, masih belum mendapat pertimbangan serius dari pihak kerajaan. Menurut Dr. Khalib Abdul Latiff hukuman adalah tindakan reaktif sedangkan membendung adalah tindakan proaktif. Sehubungan itu, membendung adalah lebih baik kerana apabila sesuatu perkara itu sudah berlaku, ia tidak memberi apa-apa makna lagi. Mati di tali gantung, sebat dan sebagainya, tidak akan berkesan sekiranya tidak dilakukan dengan cara yang betul. Sebab itulah, katanya, banyak jenayah masih terus berleluasa meskipun mereka tahu ia boleh mati di tali gantung. Kembali kepada Islam. Oleh itu, Cara pencegahan jenayah rogol yang paling baik yang Meneliti kepada punca berlakunya jenayah rogol mendapati puncanya adalah gabungan dari elemen-elemen seperti berikut iaitu nafsu manusia, persekitaran dan peluang yang ada. Faktor manusia yang lemah iman dan kuat nafsunya dibelai pula nafsunya oleh persekirannya melalui wanita yang berpakaian seksi, media, vcd lucah, internet serta kewujudan pula peluang untuk melakukannya seperti wanita yang keluar bersendirian dan sebagainya. Punca punca ini perlu ditutup bagi mengurang potensi untuk berlakunya jenayah rogol. Satu reformasi pendidikan perlu dilakukan bagi melahirkan manusia yang taat kepada Tuhan dan baik budinya. Instrumen masyarakat diaktifkan kembali peranannya baik rukun tetangga, AJK Masjid, persatuan-persatuan dan sebagainya bagi menghidupkan sistem sokongan yang boleh mengurang risiko berlakunya jenayah ini. Begitu juga dengan media baik elektronik mahupun media cetak perlu ditetapkan satu garis panduan yang Islamik bagi menghalang penyiaran bahan-bahan pornografi ataupun lucah yang membangkitkan nafsu sahwat orang yang melihatnya. Peranan Institusi Keluarga Satu lagi perkara yang tidak kurang pentingnya ialah, peranan institusi keluarga dalam menjaga dan melindungi ahlinya dari terdedah kepada bahaya ini. Keluarga perlulah bersikap prihatin dan proaktif di dalam menjaga keselamatan ahli keluarganya. Ini termasuklah mengawal atau memantau pergerakan anak gadisnya dan mendidik anak lelakinya menjadi orang yang bertanggungjawab. Begitu juga pada peringkat individu, ruang dan peluang untuk berlakukan kes ini haruslah ditutup serapat-rapatnya. Orang lelaki dididik menjadi bertanggungjawab dan beramanah manakala orang perempuan dididik untuk menghormati diri dengan cara beraklak dengan akhlak yang mulia. Menjaga aurat dan pergaulan boleh mengurang risiko dari menjadi mangsa rogol. Kesimpulan Kaedah yang terbaik untuk menangani masalah ini ialah dengan cara kembali kepada ajaran Islam. Semua ini iaitu dengan cara pendidikan, penguatkuasaan, pembentukan sahsiah masyarakat dan peribadi serta hukum yang mendidik merupakan kaedah pencegahan yang baik yang disediakan oleh Islam bagi membendung jenayah rogol. Dengan menghad hanya pihak wanita sahaja yang memakai perlindungan diri tanpa menutup sebab-sebab berlakunya jenayah rogol dan tanpa sokongan dari masyarakat mahupun kerajaan maka hal ini adalah sia-sia. Memakai cawat besi ataupun apa-apa jenis alat sekalipun sekiranya masyarakat itu rosak tidak akan membawa apa-apa perubahan. Bahkan adalah lebih praktikal untuk membekalkan wanita dengan senjata untuk mempertahankan diri dari hanya menutup bahagian tertentu sahaja. Kajian di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa sekalipun negara itu mempunyai angota polis yang ramai, sistem perundangan yang efisen tetapi kadar jenayah rogol tetap tinggi. Ini adalah kerana masyarakat itu sendiri telah rosak dengan sebab meninggalkan agama. Pemakaian cawat besi juga seolah-olahnya menunjukkan kerajaan sudah tidak punya kuasa bahkan tidak lagi diyakini kredibilitinya. Jenayah berleluasa tanpa dapat dibendung. Apa gunanya ada kerajaan sekiranya kebajikan dan keselamatan rakyat sudah tidak terjamin lagi. Penutup Tanpa sebarang prejudis dan niat jahat untuk mengaibkan sesiapa, tulisan ini mendapati bahawa mengarahkah wanita mengenakan Cawat Besi untuk menggelakkan dari dari menjadi mangsa rogol adalah tidak sesuai. Ia bukan sahaja tidak praktikal bahkan memangsakan lagi wanita dengan menggunakan satu kaedah yang asing. Sedangkan punca dan faktor yang mendorong kepada berlakunya masalah ini tidak pula |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Leave a Comment: |