Entry: Mengingati semula 8 Jun 2001 Friday, June 19, 2009



 

 

                 

                                                               <source>

 

                  

Matahari petang 8 jun 2001 itu sudah mula mencondong kearah barat. Namum panasnya masih terasa mengigit.

 

Petang itu, dataran masjid Negara yang bersebelahan dengan bulatan KTM itu dibanjiri oleh ratusan orang. Suasana menjadi hiruk pikuk dengan pelbagai bunyi dan suara. Orang ramai berteraburan di sana sini memenuhi ruang-ruang yang ada.

 

Yang masih berdiri di anjung Masjid terjenguk-jenguk melihat keadaan. Yang lain pula ada yang sudah bergerak menuju destinasi masing masing. Dan yang masih berdiri di tangga masjid juga jumlahnya yang tidak kurang ramainya, masing masing dengan gelagat tersendiri.

 

Ada yang terketawa seolah-olah sedang menonton cerita kelakar, ada yang termangu-mangu tidak tahu apa yang berlaku dan ada juga yang berlalu begitu sahaja tanpa mempedulikan dengan apa yang berlaku.

 

 

"Takbir! Takbir! Takbir!" Suara lantang Jaw yang berada hanya beberapa meter dariku..

 

 

"Hidup..hidup!.. hidup Islam!.." Laungan bersilih ganti dan disambut dengan serentak oleh orang ramai yang sudah membentuk barisan itu.

 

                                   

                                                     ( masih di posisi itu)

 

"Dalam barisan! dalam barisan! Ribath!" Amin mengarahkan beberapa orang yang masih belum masuk dalam saff. Mereka lantas berlari menuju ke saff dan bersatu di dalam saf yang lurus dan panjang.

 

Beberapa saff telah berjaya di bentuk. Barisan hadapannya adalah dipimpin oleh golongan pria yang kelihatan berdiri teguh di dalam saf dan dalam keadaan ribath..

 

Tidak jauh di belakang saff pria itu pula ialah, saff siswinya juga telah berjaya membentuk saffnya yang tersendiri. Mundar mandir ketua saff itu mengarahkan anak-anak buahnya agar membentuk satu saff yang dikehendakinya. Ada yang memakai niqab, ada yang menutup muka dengan sapu tangan dan ada juga yang hanya memakai lilit kepada di atas tudung.

 

Manakala di bahagian hadapan dataran, bersebelahan dengan bangunan KTMB kelihatan segerombolan pasukan polis telah bersiap siaga. Berdiri tegak dan bersedia untuk menjalankan arahan ketuanya. Pakaian seragam mereka bewarna biru gelap itu dilengkapi lagi dengan cota, perisai dan bom pemedih mata.  Suasana ketika itu seperti berada di padang ragbi, kedua-dua pihak bersiap siapa, dan mata pula saling bertentangan…

 

Unjuk rasa

 

Sepanas panas terik mentari petang itu, panas lagi pidato dan ucapan yang dilontarkan di dataran keramat itu.

 

Lepas seorang ke seorang wakil pria tampil ditengah-tengah lautan manusia itu untuk berpidato menyatakan apa yang terbuku dihati. Iya amarah anak muda. 

 

Hangat, hebat dan membakar.

 

Pidato itu yang disambut pula dengan Takbir yang menggegarkan oleh barisan manusia yang berada di dalam saff yang melaut itu.

 

Baju melayu meronku sudah lenjun dibasahi peluh. Mukaku, walaupun dilindungi oleh serban merahku masih tetap terasa teriknya dipanah mentari. Suasana masih riuh dengan suara takbir dan pidato ulung oleh pemidato pemidato hebat. Aku masih berdiri diposisiku berhadapan dengan para pasukan kepolisan untuk memantau keadaan.

 

" Minta Bersurai!.. Minta bersurai!.. ini perhimpunan haram" kedengaran suara dicorong alat pembesar suara. Suara tegas yang terkandung nada ugutan.

 

Pasukan polis yang tadinya dalam keadaan rehat kita sudah mula diatur dan disusun di dalam posisi menyerang.

 

Mereka mula mara, bergerak menghampiri saff.

 

"Amin! Kita berundur" aku berbisik kepada Amin yang menjadi ketua keselamatan saff itu.

 

 

"Undur pelahan lahan!" Arahan dilaungkan.

 

 

" Undur dalam barisan!"

 

 

GEMPUR

 

Saff masih dalam posisi pengunduran. Saff yang tadinya berada berdekatan dengan jalan raya itu sudah mula bergerak menjauhinya. Bergerak di dalam keadaan ribat dan dalam barisan, hal ini menjadikan pergerakan saff menjadi agat lambat.

 

Amin, Jaw dan beberapa orang lagi kelihatan kehulu dan kehilir untuk mengkoordinasikan saff agar berundur dengan selamat. 

 

 

" Dalam Barisan.. Pegang tangan!" Amin menjerit membetulkan kedudukan saff.

 

 

 Aku masih di posisi tadi. Berusaha untuk menggerakkan saff untuk berundur ke kawasan yang selamat.

 

Pegerakan Saff sudah mula menjauhi pasukan polis. Sedangkan pasukan polis pula mara dan semakin menghampiri. Jarak di antara kedua saff dan pasukan ini semakin menipis.

 

 

"Tangkap!..tangkap!" terdengar suara dicorong alat pembesar suara. Itu laungan yang akan mengubah segalanya. Yang menyebabkan ada insan yang teraniaya.

 

Arahan itu jugalah yang menjadikan saff berada di dalam keadaan panik, cemas dan tidak keruan. Wajah-wajah cemas dan ketakutan jelas kelihatan diraut wajah ahli saff. mereka saling berpandangan di antara satu sama lain.

 

Tiba-tiba, tangan kiri dan kananku ditarik dan disentap dengan pantas. Aku terpinga, aku berpaling ke kiri, ya Allah orangnya sudah hilang, aku berpaling ke kanan pula dan ku lihat tiada siapa lagi di kananku, ya Rabb..saff sudah terputus. Hatiku berdebar keranaini bermakna pertahanan saff telah roboh. Keadaan ketika itu menjadi kelam kabut dan sangat getir.

 

Tangkap!.. tangkap!.. arahan itu masih kedengaran bahkan semakin kuat. Saff yang telah roboh itu telah berterabur. Masing-masing melarikan meninggalkan saff untuk  untuk  menyelamatkan diri.

 

Ada yang berlari menjemberangi jalan raya yang sudah mula sibuk dengan kenderaan, ada juga yang lari menghala kearah anjung masjid, dan ramai juga yang berpusing ke belakang dan terus berlari semahu.

 

Lantai dataran yang tadinya bersih kini dipenuhi dengan tinggalan kasut dan selipar yang bersepah. Itulah gambaran ketakutan tuannya sehingga kasutnya sudah keciciran itu tidak dipedulikannya lagi. Banner, Manila kad dan kain rentang bertaburan di sana sini. Kini kawasan dataran Masjid negara itu dipenuhi barang tinggalan yang bersepah merata-rata tak ubah seperti baru dilanda rebut yang dasyat.

 

Kelihatan beberapa anggota Polis berlari mengejar ahli saff. Keadaan sungguh tidak terkawal.

 

"Berundur.. berundur!!" sayup sayup kedengaran…

 

"Tangkap..tangkap!!" suara ini semakin hampir..

 

Aku yang masih berdiri disitu sudah tidak punyai pilihan lain kecuali berpusing dan menyelamatkan diri..

 

Pasukan polis dan saff kelihatan berlari ke sana sini berkejaran di serata tempat di dataran itu. 

 

"Aku harus segera berundur" desis hatiku.

 

Baru sahaja aku berpaling ke belakang tiba- tiba bajuku disentap………………………………………….

 

 

 

 

 

 

 

 

   5 comments

nafsu
September 2, 2009   07:35 AM PDT
 
kerja bodoh....
mama
June 29, 2009   12:04 AM PDT
 
Pengalaman sendiri berbeza sekali bagi mama yang sekadar membaca dan mendengarnya. Namun, semoga mereka yg terlibat dgn ujian ini dan yg seumpamanya akan terus tabah dan thabat di jalanNya. Dan semoga Allah mengganjari mereka. Ameen.
elmaf
June 24, 2009   06:50 PM PDT
 
Ana tak sampai hati nak sambung entry ni Dhuat.. enta dah tahu kesudahannya
Ahmad Dhuat
June 22, 2009   03:53 PM PDT
 
Cepatlah sambung....
makcik jual baju
June 22, 2009   03:10 PM PDT
 
mereka yg menangkap tu wakil2 org2 JAHAT.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments