Without Fear or Favor.






Thursday, July 23, 2009

PENGUMUMAN.

 

BLOG INI AKAN DITUTUP TIDAK LAMA LAGI..

 

Tuesday, June 30, 2009

Sekadar berkongsi

 

                                       

 

 

Assalamualaikum tuan, sila duduk”  Kata B menyambut ketibaanku sambil tangannya menunjukkan kearah tempat duduk ku.

 

Suasana kedai makan yang terletak di Bangi itu agak riuh dan kecoh. Kedai ini katanya amat terkenal dengan masakan tengahhari yang pelbagai dan menyelerakan. Meja-meja di kedai makan itu seperti petang-petang yang lain dipenuhi dengan pelanggan yang sedang enak menjamu selera dan ada juga yang hanya sekadar memesan segelas air untuk dijadikan modal bersembang. Meja yang kami duduki itu pula terletak agak tersorok dan sedikit jauh dari meja-meja yang lain. Hal ini bagi memberikan sedikit privasi kepada kami untuk berbincang dan terhindar dari hirup pikuk bunyi pelanggan yang sedang menjamu selera di restoren yang dicat dengan warna coklat gelap itu.

 

B membetulkan kerusinya dan seolah-olah telah bersedia untuk memulakan bicaranya.

 

“ Macammana tuan?” B memulakan bicaranya.

 

Cuba ceritakan apa yang berlaku” Aku memulakan sesiku dengan pertanyaan juga. Sememangnya aku lazim memulakan sesi temubualku dengan banyak bertanyakan soalan dan kurang memberi komen dan cadangan. Aku perlu tahu keseluruhan cerita sebelum aku boleh memberi cadangan penyelesaian dan tindangan yang perlu di lakukan.

 

B merupakan seorang pemuda di dalam usia awal 30-an. Orangnya agak kacak dan bergaya namun mempunyai masalah kerjaya. Dia berkahwin dengan L sepuluh tahun yang lalu dan mempunyai dua orang anak. Oleh kerana keadaan kewangannya yang tidak stabil  B selalu bertengkar dengan pasangannya yang merupakan seorang yang lebih berada berbanding dengan B. Dalam  satu insiden pertengkaran, B secara tidak sengaja telah terlafazkan talak kepada isterinya.

 

Dan entah kenapa keterlanjurannya itu menjadi sebab untuk si isteri menghukumnya dengan hukuman yang amat pedih. Hukuman yang tidak pernah dibayangkannya ketika mereka berakad dan berjanji setia dulu. Kes tersebut telah pun selesai diputuskan di Mahkamah Syariah.

 

“Saya telah berjumpa dengan isteri kamu” kata saya selepas B habis bercerita.

 

“ Ye, apa katanya” Tanya B dengan penuh semangat. Dari air mukanya dia seolah-olah mengharapkan satu berita gembira daripadaku.

 

“Dia tidak bersetuju dengan permohonan kamu” kata-kataku itu menyebabkan air mukanya berubah. Tergambar kekecewaan yang teramat sangat di wajahnya. Mukanya kembali suram dan pandangannya dilontarkan ke luar, mencari ketenangan dan kekuatan barangkali.

 

Bukan B tidak berusaha untuk memujuk dan memperbaiki keadaan, bahkan telah bermacam-macam cara yang dilakukan untuk memenangi semula hati bekas isterinya itu. Namun sia-sia. Hati wanita itu sudah tertutup buatnya.

 

Aku memandang B dengan pandangan kosong.

 

Melihatkan keadaanya pada ketika itu, ingin sahaja aku katakan kepada B, tiada gunakan kamu menyiksa diri sebegini. Tiada apa yang kamu dapat, kerana hakikatnya tiada orang yang sebenarnya benar-benar pedulikan kamu kecuali kamu sendiri. Oleh itu tidak berbaloi untuk kamu menyiksa diri dengan harapan dia akan kembali.

 

“Saya sangat menyintainya tuan”  Sambung B dalam sebak selepas lama menyepi.

 

“Kamu sepatutnya melafazkan ini dulu, bukan sekarang”, balasku dengan lembut namun seolah-olah menitiskan limau di atas luka yang sedang berdarah. B kembali terdiam.

 

Suasana sepi kembali. Hanya bunyi kipas yang berputar ligat di atas kepala kami sahaja yang melatari kesunyian tersebut.

 

“ Saya betul-betul menyesal, baru saya sedar yang saya amat-amat menyayanginya” B meluahkan perasaannya dengan matanya memandang ke arahku. Aku mencapai teh tarik yang telah sedari tadi terhidang di atas meja. 

 

“Baguslah kalau kamu dah menyesal dan ingin berubah” aku berhenti seketika dan memandang kearah B yang sudah tidak keruan itu, tidak sabar gaya untuk mendengar apakah bulas utirnya hujahanku.

 

“Mulakanlah hidup baru dan kalau benar kamu menyayanginya biarkanlah dia berbahagia dengan kehidupan barunya”. Hanya itu yang termampu aku katakan. Kerana si isteri nampaknya benar-benar telah berkerat rotan untuk tidak bersama dengan B lagi.

 

“Tuan apa tahu. Saya yang merasakannya” Getaran suaranya begitu jelas sekali, B sedang berjuang dengan perasaannya sendiri. Gelora di dalam jiwanya boleh sahaja melimpah ke empangan mata. Dia masih cuba menyengka air mata yang bergenang di kelopak matanya.

 

Suasana sepi kembali. Aku menghirup minuman kegemaran ku itu yang masih berbaki.

 

“B” kataku dalam nada yang lebih mesra. B masih menahan air mata. Bibirnya diketam tanda dirnya benar-benar berusaha untuk menahan empangannya dari pecah.

 

“Cinta itu tidak semestinya memiliki”  B terkedu, dan air matanya masih lagi bergenang di kelopak matanya.

 

“Berhentilah dari menyiksa diri kamu dengan menyalahkan diri dan terimalah takdir dengan lapang dada” Aku menyambung bicaraku. B masih diam.

 

“Buktikan cinta kamu itu dengan cara kamu berubah dan memperbaiki diri, tiada orang yang hendak kepada kamu kalau kamu tidak punya apa-apa” B masih tunduk dan bermain-main dengan gelas minumannya.

 

“ Orang hanya akan hargai kamu kalau kamu menghargai diri kamu sendiri, hanya pada ketika itu nilai kamu akan lebih dipandang tinggi oleh orang lain.  Lakukan untuk diri kamu B, bukan untuk orang lain” Boleh jadi aku sudah naik ‘sheikh’, aku seakan telah tertranformer menjadi seorang kaunselor.

 

“Tak perlu lupakan dia, jadikan kenangan itu satu satu pengajaran, sekurang-kurangnya dia pernah mengajar kamu tentang sesuatu.” Aku berhenti seketika dan memandang kearah B.

 

Aku telah mencuba untuk membantu sedayanya. Namun kekadang kemahiran ku juga terbatas dan dalam banyak keadaan emosi terlalu melatari dan mendominasi perbincangan dan proses yang dijalankan, apabila emosi berleluasa rasionaliti akan terperesok. Dan jadilah yang secupak itu akan jadi bergantang. Sebenarnya aku merasakan teramat rugi sekiranya pasangan muda seperti mereka ini terpaksa menjalani hidup yang sebegini, kasian kepada anak-anak mereka. Dalam aku membantu aku perlu bersikap praktikal, apa yang secara logiknya sudah tidak boleh diteruskan jangan dipaksa untuk diteruskan ia akan membawa binasa.

 

“ Jadi apa yang harus saya buat tuan” pelahan suara B mencari kekuatan dan jalan keluar dari kemelut ini.

 

“Berubah dan jadikanlah diri kamu seseorang dengan melakukan yang terbaik untuk diri kamu, Allah tidak mengubah sesuatu kaum itu sehinggalah mereka mengubah apa yang ada di dalam diri mereka”.

 

B tersenyum tawar.

 

Dengan suara yang perlahan aku katakan kepada B “Meminta biarlah pada yang ada, merayu biar pada yang sudi, menyinta pada yang kasih, boleh jadi bukan jodoh kamu di dunia maka berdoalah agar dia menjadi jodoh kamu di akhirat. Kembalilah kepada Islam”.

 

Petang itu, aku memberikan khidmat kaunseling percuma. Sesi yang bermula agak tegang berakhir dengan keceriaan yang mula menyinsing di wajah B.

 

*Diadaptasi..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Friday, June 19, 2009

Mengingati semula 8 Jun 2001

 

 

                 

                                                               <source>

 

                  

Matahari petang 8 jun 2001 itu sudah mula mencondong kearah barat. Namum panasnya masih terasa mengigit.

 

Petang itu, dataran masjid Negara yang bersebelahan dengan bulatan KTM itu dibanjiri oleh ratusan orang. Suasana menjadi hiruk pikuk dengan pelbagai bunyi dan suara. Orang ramai berteraburan di sana sini memenuhi ruang-ruang yang ada.

 

Yang masih berdiri di anjung Masjid terjenguk-jenguk melihat keadaan. Yang lain pula ada yang sudah bergerak menuju destinasi masing masing. Dan yang masih berdiri di tangga masjid juga jumlahnya yang tidak kurang ramainya, masing masing dengan gelagat tersendiri.

 

Ada yang terketawa seolah-olah sedang menonton cerita kelakar, ada yang termangu-mangu tidak tahu apa yang berlaku dan ada juga yang berlalu begitu sahaja tanpa mempedulikan dengan apa yang berlaku.

 

 

"Takbir! Takbir! Takbir!" Suara lantang Jaw yang berada hanya beberapa meter dariku..

 

 

"Hidup..hidup!.. hidup Islam!.." Laungan bersilih ganti dan disambut dengan serentak oleh orang ramai yang sudah membentuk barisan itu.

 

                                   

                                                     ( masih di posisi itu)

 

"Dalam barisan! dalam barisan! Ribath!" Amin mengarahkan beberapa orang yang masih belum masuk dalam saff. Mereka lantas berlari menuju ke saff dan bersatu di dalam saf yang lurus dan panjang.

 

Beberapa saff telah berjaya di bentuk. Barisan hadapannya adalah dipimpin oleh golongan pria yang kelihatan berdiri teguh di dalam saf dan dalam keadaan ribath..

 

Tidak jauh di belakang saff pria itu pula ialah, saff siswinya juga telah berjaya membentuk saffnya yang tersendiri. Mundar mandir ketua saff itu mengarahkan anak-anak buahnya agar membentuk satu saff yang dikehendakinya. Ada yang memakai niqab, ada yang menutup muka dengan sapu tangan dan ada juga yang hanya memakai lilit kepada di atas tudung.

 

Manakala di bahagian hadapan dataran, bersebelahan dengan bangunan KTMB kelihatan segerombolan pasukan polis telah bersiap siaga. Berdiri tegak dan bersedia untuk menjalankan arahan ketuanya. Pakaian seragam mereka bewarna biru gelap itu dilengkapi lagi dengan cota, perisai dan bom pemedih mata.  Suasana ketika itu seperti berada di padang ragbi, kedua-dua pihak bersiap siapa, dan mata pula saling bertentangan…

 

Unjuk rasa

 

Sepanas panas terik mentari petang itu, panas lagi pidato dan ucapan yang dilontarkan di dataran keramat itu.

 

Lepas seorang ke seorang wakil pria tampil ditengah-tengah lautan manusia itu untuk berpidato menyatakan apa yang terbuku dihati. Iya amarah anak muda. 

 

Hangat, hebat dan membakar.

 

Pidato itu yang disambut pula dengan Takbir yang menggegarkan oleh barisan manusia yang berada di dalam saff yang melaut itu.

 

Baju melayu meronku sudah lenjun dibasahi peluh. Mukaku, walaupun dilindungi oleh serban merahku masih tetap terasa teriknya dipanah mentari. Suasana masih riuh dengan suara takbir dan pidato ulung oleh pemidato pemidato hebat. Aku masih berdiri diposisiku berhadapan dengan para pasukan kepolisan untuk memantau keadaan.

 

" Minta Bersurai!.. Minta bersurai!.. ini perhimpunan haram" kedengaran suara dicorong alat pembesar suara. Suara tegas yang terkandung nada ugutan.

 

Pasukan polis yang tadinya dalam keadaan rehat kita sudah mula diatur dan disusun di dalam posisi menyerang.

 

Mereka mula mara, bergerak menghampiri saff.

 

"Amin! Kita berundur" aku berbisik kepada Amin yang menjadi ketua keselamatan saff itu.

 

 

"Undur pelahan lahan!" Arahan dilaungkan.

 

 

" Undur dalam barisan!"

 

 

GEMPUR

 

Saff masih dalam posisi pengunduran. Saff yang tadinya berada berdekatan dengan jalan raya itu sudah mula bergerak menjauhinya. Bergerak di dalam keadaan ribat dan dalam barisan, hal ini menjadikan pergerakan saff menjadi agat lambat.

 

Amin, Jaw dan beberapa orang lagi kelihatan kehulu dan kehilir untuk mengkoordinasikan saff agar berundur dengan selamat. 

 

 

" Dalam Barisan.. Pegang tangan!" Amin menjerit membetulkan kedudukan saff.

 

 

 Aku masih di posisi tadi. Berusaha untuk menggerakkan saff untuk berundur ke kawasan yang selamat.

 

Pegerakan Saff sudah mula menjauhi pasukan polis. Sedangkan pasukan polis pula mara dan semakin menghampiri. Jarak di antara kedua saff dan pasukan ini semakin menipis.

 

 

"Tangkap!..tangkap!" terdengar suara dicorong alat pembesar suara. Itu laungan yang akan mengubah segalanya. Yang menyebabkan ada insan yang teraniaya.

 

Arahan itu jugalah yang menjadikan saff berada di dalam keadaan panik, cemas dan tidak keruan. Wajah-wajah cemas dan ketakutan jelas kelihatan diraut wajah ahli saff. mereka saling berpandangan di antara satu sama lain.

 

Tiba-tiba, tangan kiri dan kananku ditarik dan disentap dengan pantas. Aku terpinga, aku berpaling ke kiri, ya Allah orangnya sudah hilang, aku berpaling ke kanan pula dan ku lihat tiada siapa lagi di kananku, ya Rabb..saff sudah terputus. Hatiku berdebar keranaini bermakna pertahanan saff telah roboh. Keadaan ketika itu menjadi kelam kabut dan sangat getir.

 

Tangkap!.. tangkap!.. arahan itu masih kedengaran bahkan semakin kuat. Saff yang telah roboh itu telah berterabur. Masing-masing melarikan meninggalkan saff untuk  untuk  menyelamatkan diri.

 

Ada yang berlari menjemberangi jalan raya yang sudah mula sibuk dengan kenderaan, ada juga yang lari menghala kearah anjung masjid, dan ramai juga yang berpusing ke belakang dan terus berlari semahu.

 

Lantai dataran yang tadinya bersih kini dipenuhi dengan tinggalan kasut dan selipar yang bersepah. Itulah gambaran ketakutan tuannya sehingga kasutnya sudah keciciran itu tidak dipedulikannya lagi. Banner, Manila kad dan kain rentang bertaburan di sana sini. Kini kawasan dataran Masjid negara itu dipenuhi barang tinggalan yang bersepah merata-rata tak ubah seperti baru dilanda rebut yang dasyat.

 

Kelihatan beberapa anggota Polis berlari mengejar ahli saff. Keadaan sungguh tidak terkawal.

 

"Berundur.. berundur!!" sayup sayup kedengaran…

 

"Tangkap..tangkap!!" suara ini semakin hampir..

 

Aku yang masih berdiri disitu sudah tidak punyai pilihan lain kecuali berpusing dan menyelamatkan diri..

 

Pasukan polis dan saff kelihatan berlari ke sana sini berkejaran di serata tempat di dataran itu. 

 

"Aku harus segera berundur" desis hatiku.

 

Baru sahaja aku berpaling ke belakang tiba- tiba bajuku disentap………………………………………….

 

 

 

 

 

 

 

 

Sunday, May 10, 2009

Tribute

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mak and Me

 

"Lari! abang lari! ada gajah"

 

Saya tersenyum sendirian setiap kali mengingati peristiwa tersebut. Peristiwa yang berlaku kurang lebih 22 tahun lepas.

 

Jam di tangan sudah menunjukkan ke pukul duabelas tengahari. Matahari sudah tercacak di atas kepala melimpahi alam dengan cahaya yang terang dan membakar kulit-kulit penoreka getah seperti kami. Walaupun panas namun suasananya nyaman dan menenangkan sekali. Sekali sekala tangan dihayunkan ke kiri dan ke kanan dan kadang-kadang di atas kepala untuk menghalau nyamuk yang berterbangan di sana sini.

 

Berehat di bawah pokok getah selepas habis kerja menatin adalah kebiasaan kami. Tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa diselangseli pula dengan suara ungkas rimba yang berkicauan memberi kerehatan kepada badan yang kepenatan. Mata pun boleh jadi mengantuk.

 

Sudah lebih setengah jam kami menunggu kenderaan untuk menghantar kami ke rumah yang jaraknya kurang lebih 4 batu dari ladang. Kebiasaannya kenderaan tersebut tidaklah lambat macam ni. Mak kelihatan agak gelisah, saya masih sibuk bermain laga biji getah. Saya faham benar kenapa mak gelisah, berada di ladang leterik (elektrik) yang bersempanan dengan hutan lepas ini pada waktu begini bukan sesuatu yang menyeronokkan. Macam macam ada pada waktu begini. Sebenarnya nama "Ladang Leterik" ni bermaksud ada pagar karan (current) yang memisahkan peneroka dengan binatang-binatang hutan. Boleh bayangkan kenapa ladang ni ada pagar karan.

 

Brakk!! Brakk!!.. pohon pisang dihadapan kami tumbang satu persatu.

 

Mak Bingkas bangun. Saya memandang kearah Mak. Muka Mak cemas. Jarak di antara kami dengan pisang hutan itu kurang lebih seratus meter. Mak menjerit kearah saya.

 

"Lari! abang lari! ada gajah"

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

                                               Agaknya inilah rupa gajah itu

 

Itu peristiwa 22 tahun dulu. Naluri keibuan mengatasi ketakutan seorang wanita untuk berhadapan dengan binatang buas. Walaupun takut Mak bertahan untuk membolehkan anaknya menyelamatkan diri.

 

Allah maha kaya. Apa yang ditakuti tidak muncul. Mak sudah hampir merangkak kerana ketakutan dan saya pula masih belum hilang ketar lutut.

 

Setiap kali mengingati hal ini saya akan tersenyum dan rasa kekaguman dengan naluri keibuan seorang wanita. Menyanggahi rasa takut untuk mempertahankan anaknya adalah sesuatu yang luar biasa. Terima kasih Mak.

 

Berkebetulan pula dengan kesibukan orang menyambut hari Ibu, saya mencoretkan catatan ini tanda kasih sayang dan penghargaan yang tidak terhingga kepada Mak yang dikasihi. Juga tidak lupa untuk Isteri yang bersusah payah untuk membesarkan putera tercinta.

 

 @ Mines

 

Sumber: http://www.youtube.com/watch?v=1qeP_8fyGnQ

Friday, May 08, 2009

Lakukan dengan GAYA

Gaya Mutu Keunggulan.

 

Sebaris slogan atau moto sebuah iklan yang popular di tv sekitar tahun 90 an dulu.

 

Gaya.

 

Kenapa orang Malaysia gila menyokong pasukan bola sebuah negara di eropah?.

 

"Saya suka gaya permainan mereka, laju dan canteek sekali" kata Mamat.

 

"Kerana mereka bermain dengan penuh bergaya" kata Boboy pula.

 

"Kerana pemain-pemain kelab-kelab tu sangat bergaya" tambah cik Minah.

 

Apakah yang menjadikan sesuatu itu bergaya dan ada gaya?

 

Gaya itu adalah kemahiran yang ditunjangi ilmu. Seseorang pelajar yang berjaya adalah seorang yang bergaya. Bergaya dalam konteks tahu bagaimana untuk mengayakan diri untuk menjayakan diri. Tahu gaya-gaya yang diperlukan untuk lulus cemerlang, membaca dengan gayanya, membuat nota dengan bergaya atau dalam kata lain untuk berjaya harus bergaya.

 

Atau saya katakannya begini, gaya itu adalah kebolehan mengadaptasi di antara kemampuan diri, penampilan diri dan peningkatan kemahiran sesuai dengan cabaran, keperluan dan situasi yang dihadapi. Pernah dengan pepatah ini: masuk ke kandang kambing bergaya seperti kambing!

 

Ramai orang mengatakan bahawa gaya itu adalah sifatnya luaran. Berbaju berjenama dari itali, berseluar yankee dari Paris, manakala berkasut aladin dari kulit buaya Africa dan sebagainya. Untuk wanita pula definasi gayanya adalah lebih ekstreem. Bermekap setebal buku ensiklopedia, memerahkan bibirnya semerah lampu isyarat di jalan di Bangi, berbaju jarang dan tegang seumpama jalang dan lagi dan lagi. isunya benarkah begitu? Teruskan lagi membaca.

 

Orang yang bergaya itu akan berjaya? Mungkin. Ambil contoh perlawanan bola sepak Barclay di Britain sekali lagi. Ia diminati ramai kerana gaya mereka bermain.  Sungguh Menghiburkan.  Gaya individu, gaya permainan berpasukan serta gaya Kejohanan bola sepak secara keseluruhan bergabung menghasil suatu debaran dan emosi dan inilah yang menyebabkan ia di minati dan terus bertahan. Ya ia permainan mereka sangat bergaya tapi saya bukan peminat mereka maaf.

 

Gaya itu lahir dari kemahiran individu, strategi pasukan dan kerja berkumpulan.

 

Boleh dikatakan bahawa, setiap sesuatu memerlukan gaya. Kerana dengan gaya menjadikan sesuatu kerja itu dapat dijayakan. Tanpa gaya kerja itu dilakukan dengan semborono dan ikutdan. Gaya itu adalah cerminan kemahiran dan pengalaman, ia juga menggambarkan aturan dan displin sesuatu perkara. Bergaya itu bermakna mengikut Cara dan Aturannya.

 

Nah! bagaimana pula untuk melantik ketua dan berpolitik?. Berpolitik juga ada gayanya yang tersendiri dan unik. Untuk melantik ketua juga ada gayanya dan perlu ikut caranya. Jangan main redah je ikut sesedap lemon je. Tanah ini ada adat dan gayanya. Ini bukan rimba belantara. Sudah ada aturan untuk menggaya dan menjayakannya.

 

Ingatlah, keutuhan sesuatu kerajaan itu terletak kepada sokongan rakyat jelata. lakukan sesuatu secara semborono dan melanggar cara dan gayanya akan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat. Tanpa sokongan rakyat kerajaan akan goyah dan negara akan parah. Bila udah kecoh macam ni semuanya dah jadi tak bergaya dan semua kerja nampaknya tidak berjaya.  

 

Kalau menaikan orang ada gaya dan caranya, apatahlagi untuk menurunkan orang. Ia lagilah perlu dilakukan dengan penuh gaya dan perlu kena caranya. Menurunkan orang dengan bergaya akan mengurangkan rasa malu seseorang tu dan boleh mengurangkan risiko berdendam. Tidakkah 1998 mengajar kita hal ini.

 

Orang akan terpesona dengan gaya. Dengan gaya yang cantik dan cara yang berasas, keadaan buruk pun dapat dilihat sebagai cantik dan disanjung. Tengoklah mana-mana hero terutamanya hero Hindustan, walaupun kalah tapi hero tetap di sanjung kerana gayanya yang sungguh bergaya. Peluru pun boleh elak dan kadang-kadang tu boleh ditangkap dengan gigi je. ( itu gaya menipu namanya)

 

Apabila manusia meninggalkan gaya di dalam melakukan sesuatu, dan melakukan sesuatu secara tidak bergaya dan hodoh. Ia bukan sahaja menampakkan kebodohan dan kesombongannya tetapi juga bakal dibenci orang. Jadi hero-hero semua, marilah selamatkanlah Perak dengan penuh gaya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Thursday, April 16, 2009

Barang yang susah dicarik!

It was very nice and peaceful scenery.

The sea and the wind all together bring some sort of tranquility experience to my family and me. I in good mood then and I feel like swimming. Yes it is a famous pantai Telok Batek, lumut Perak.

We just came from the camp and straight away to Telok Batek to relaxing ourselves after long journey and an exhausted 9 to 5 talk program. I had no plan before to came and lepaking here. Well, since we already be here I think why not we "eating the wind" for a bit. But as usual, I traveled light which mean that I only bring with me a basic necessity only. towel, shirts and toiletries that it. Not extra cloth for any extra activities. 

The weather good that evening and it I guess it good also for swimming. With no special attire for me to swim and I not willing to wetting my seluar, because I had only one left, So, I decided to buy it, I went to a shop lots located not very far from the beach looking for something suit for me to enjoy the water. I stopped at one of the shops there and survey for the item. 

"encik adalah orang pertama yang mencarik benda ni" said saleswoman.

What! I the only person in whole universe who looking for that things. She must be joking.

I not really satisfied with her answer and decided to look around to test my luck. I looking for it for more then haft an hour. Then I stopped. I found none. 

Actually I was looking for men swimming outfit, the outfit which cover my upper body because I really not feel to swim haft naked, by the way my upper body is so tough!  Than is good reason why I don't want to reveal it in public. Aurat hoo..

So, no swimming pleasure this time. Perhaps another time at another place.

I like swimming very much. Be a kampong boy myself give me an opportunity to learn swimming in my early of age. I was 6 or 7 years old when I was able to swim. It gives a very good benefit to our body and that why it’s recommended by physician, exercise trainer and also by our Nabi Muhammad s.a.w. 

I must find that swim outfit. If not at Telok Batek, I can ware it at swimming pool at my apartment. 

With the broken heart of mine, we went to another spot and have a roaster fish [ikan bakar]. We continued our journey back to KL by 8.30 pm with full tank and sleepy eye.

 

 

Tuesday, April 07, 2009

My Mentors

 


2009 mean it already 4 years since I left Pahang. Left Pahang for good and there too many things happened in those great years. 4 years seem not a long time at all and it just like happened yesterday.

 

Sept 2005

 

Without any proper plan I brought my wife here to Bangi where I used to spend my student days.  We had nothing when we first arrived here, no house to live in, no anything and even on our first night here we were slept at one of my wife’s friend house. It was a very memorable moment for me to remember indeed.

   

We move to our rented house on the next day and started to occupy it with the very very basic necessities only. We survived with these basic instruments for couple of months and I must thank to my wife for her understanding and help.

 

I believe in one thing, if one decided to find Allah, then he will definitely find Him and if one decided to find jemaah he will find it also. So based on that principle, I established myself with jemaah of surau and started to introduce myself within ahli qariah. It was on  the third day of my stay in I met with person in charge of Jemaah and been accepted as a member of the team.

 

1. Sept 2005-2007 East Trade Ventures  s/b, DSLP & Certified Sharial Legal Practice (Mohd Khairuddin Othman aka MKO) area of expertise management and business planning.

 

After week, I’ve been contacted by an old friend of mine offered me to join him in the firm. And it’s how I started my career with the firm and been appointed to lead one of his companies. Without knowledge in business administration and without any related experiences also I took the challenge and grabbed the opportunity. I thought it was a good opportunity for me to learn and to push myself to the limit that I never know unless I try. But it did not last long.

 

2. July 2007- Hijrah Wealth Management s/b & AKPK( Hajah Rohani & Haji Mahadzir)

Area of expertise Investment and Islamic Risk Management.

 

After some while, I met Hajjah Rohani and Haji Mahadzir from Hijrah Wealth Managers and been offered to join Hijrah as Perunding Kewangan Islam (PKI). It was an eye opener for me actually. Hajjah who has a very vast experience in investment taught about Islamic Investment and things related to it while Haji Mahadzir who also involve in this area for many years taught me about management, takaful and estate planning. My first hundred ringgit investment comes after month I Joint Hijrah. One thing about Hijrah is it always emphasized on selling concept rather than push for product selling. Selling concept of Islamic Financial Planning is something new in Islamic Finance industry. While in conventional finance, Financial Planning is not something new and it already established in this country quite long time ago. Hijrah Wealth Management can be considered as one of the pioneers in the Islamic Financial Planning in Malaysia and in the world as well.

 

3. Nov 2008: Aziz Hassan & co, ZPP Global and IFP ( FPAM-IBFIM) ( Tn Haji Abdul Aziz Hassan & Aiman Fazeer Yap) area of expertise; Estate settlement, estate planning, business succession planning & sales and marketing.

 

One day in the November 2008, I had been asked by one of my colleagues to attend one client regarding estate matters. To be one of referral of this matter, I had always had an opportunity to handle a complicate estate cases. And that is how I had a chance to engage with Tuan Haji Aziz Hassan whose is a prominent lawyer in the area of estate. After a couple of meetings with him, I found myself doing part time with him specialize in Shariah legal work. Now, Part from doing my consultation in Shariah Financial Planning I also doing consultation in Shariah Law especially in estate matters. I found myself start to narrow down my niche and focusing on Islamic estate planning and settlement.

 

Working hand in hand with organizations such as IBFIM, Kelab Kebajikan Pegawai Pusaka (KPKP), MSU and UMCCEED we planned to come out with course of Sijil Pentadbiran Pusaka Islam (SPPI) which is now at finale stage and others relate program.  The output of this course is to train those who are interested in this area to be certified to practice as Konsultan Pusaka as well as to empower public with knowledge of estate settlement. Konsultan Pusaka will be equipped with the knowledge of three main areas namely Civil law and Procedures, Shariah Law and Islamic financial Planning. With these three knowledges combine together it is expected to produce a highly competent Konsultan Pusaka which offer good services to the public and nation as well.

 

With all efforts and experts working together to realize this SPPI, we hope that it able to be launch in the very near future. Thank you to those who are patience enough to train me to be what I am today. May Allah bless all of us.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Wednesday, April 01, 2009

Give it a TRY

Assalamualaikum...
Semalam saya menghadiri wacana ilmu tentang blog yang disampaikan oleh Ust Hasrizal. Terangkum di dalam pengisian beliau keperluan untuk menguasai maklumat selaras dengan situasi semasa. Sebagaimana perancangan Sultan Abdul Hamid menguasai pengangkutan dari Istanbul ke Kota Madinah. Keperluan setiap zaman itu berbeza, namun matlamatnya sama iaitu DA'WAH. Sebelah petangnya saya dan Along mengikuti bengkel yang mendedahkan kami tentang dunia blog, instructor yang helpful dan kemudahan yang sangat baik sekalipun ada web yang sudah ditapis server institusi kami. Alhamdulilllah, broadband celcom yang saya bawa dapat juga membantu untuk akses web yang saya perlukan.

Pepatah Cina ada mengatakan yang lebih kurang berbunyi "Saya dengar dan saya lupa, saya amal maka saya faham dan ingat".

Itu mungkin permulaan untuk saya untuk sesuatu yang lebih terancang, dulu saya pernah ada blog menggunakan blogsome (waktu belum berkahwin), namun akhirnya tidak aktif lagi. Seterusnya bersama hubby di blogdrive. Kini saya berhijrah ke blogspot. Elmafraqi.blogdrive.com adalah blog yang saya sangat sayangi, ia blog kami suami isteri. Namun untuk hadir dengan blog sendiri lebih sesuai bagi saya mengaplikasikan pengisian yang saya perolehi semalam.

Dan semalam, blog baru saya dirasmikan dengan jayanya iaitu ummuizzuddeen.blogspot.com

Jemput ziarah, masih baru dan perlu ditambahbaik.

Sekian.

Ummu Izzuddeen.

Tuesday, March 17, 2009

cerita tentang mimpi

Hari isnin yang penuh dan padat. Itulah kata-kata yang boleh aku gambarkan tentang hari semalam yang terasa amat-amat pantas. Pantasnya masa bergerak laju rasanya seumpama keretapi ekspress bullet yang meluncur laju tanpa peduli untuk menunggu. Toleh kiri toleh kanan, jam sudah menunjukkan jam 5.30 petang.

Aku sampai ke court tepat-tepat jam 9 pagi. Aki berjalan pelahan beriringan dengan Mak yang sejak kebelakangan ini sakit lututnya kembali menyegat. beberapa kali aku berhenti untuk menunggu agar kedua 'ibu bapaku' itu tidak terlalu jauh ketinggalan di belakang.

Suasana di situ seperti kebiasaannya dipenuhi orang yang datang dengan pelbagai alasan dan tugasan. Masing-masing bergerak menuju ke arah masing-masing tanpa mempeduli orang disekeliling. Ada yang bersut hitam putih dan ada juga yang bergaya kasual. Pakaian itu sudah memberi indikasi siapa mereka.

Setelah mengambil surat yang aku sediakan untuk Aki di pejabat, aku bergegas kembali menuju ke arah keretaku. Aki tersenyum selepas nampak aku terjongol di hadapan matanya. Aki cukup sabar orangnya. Walaupun agak panas dan terpaksa menanti di kereta Aki tetap senyum. Ini adalah destinasi ke dua kami selepas selesai urusan di court. Hari semakin tinggi dan kami harus segera bergerak agar tidak terlalu lewat.

Peristiwa itu

Kami singgah sebentar di Petronas Wangsa Maju sebelum meneruskan pejalanan ke Pahang. Aki dan Mak turun dari kereta untuk urusan yang mereka sendiri lebih mengerti. "Moh kita gerak" kata Aki selepas menutup pintu kereta. Aku melepaskan handbreak dan kereta mula meluncur. "Isma hantar Aki ke Pekeliling jelah" kata Aki selepas mendapat tahu aku mahu menghantarnya terus ke Pahang. Memang sengaja aku tidak memberitahu awal-awal rancanganku untuk menghantar Mak dan Aki terus ke Pahang. Aku tahu sekiranya Aki tahu awal-awal lagi dia tak bersetuju dengan rancanganku.

"Mah, Isma nak hantar kita Pahang, gone"? kata Aki sambil berpaling ke kerusi belakang kereta. "ya Allah! Mak takde Isma!" . Masya-Allah rupa-rupanya mak tak naik kereta lagi. macammanalah boleh lalai sangat macam ni. Aki kelihatan begitu cemas sekali. Tiada senyum di wajahnya dan bibirnya tidak henti-henti menyebut nama Mak. Gelagatnya ketika itu macam anak ayam hilang ibu. kalau sebelum ini Aki cukup tak berkenan gaya pemanduanku ala-ala Mikel Sumaker tapi berlainan kali ini. Aku seolah-olahnya disuruh memandu sederas peluru berpandu. Aki risau dan ingin sampai cepat ke tempat Mak tercicir tadi. Walaupun memang telah sedia diketahui, tetapi peristiwa ini menyerlahkan perasaan sayang Aki yang mendalam terhadap Mak.  

Tak perasan, rupanya mak belum pun masuk kereta tadi. Aku mencari jalan pusing untuk mengambil mak di Petronas tempat kami berhenti tadi. Mujurlah kami belum masuk ke lebuh raya Karak lagi. Aku mencari pusing U-turn di greenwood dan memecut kereta untuk mengambil mak.

Aku tergelak sorang-sorang bila teringat peristiwa ini. tentu abang-abang teksi yang sedang sibuk mengisi NGV tu terkedu melihat adegan Mak mengejar kereta. Dan ianya bertukar menjadi modal lawak Aki. "TInggal karang"  itulah lawak terbaru Aki untuk mengenakan Mak. Mak kadang-kadang gelak dan sering kali juga membalas dengan mencubit perut Aki.

Hikmah

Tepat jam 5.30 petang Mizz kelihatan berjalan keluar dari kelasnya di IPTA di Bangi. Di kanannya ada beberapa buku dan nota dirangkul erat dan di belakangnya tersangkut sebuah beg galas bewarna hitam. Nampak anggun dan sekali pandang nampak macam student undergrad pulak.  

Kesudahannya pada kejadian hari itu ialah, Mak dan Aki tak jadi balik dan setuju untuk bermalam semalaman lagi di Bangi. Dan malam itu kami berjamu makan sate bagi mengubat hati Mak yang terpaksa mengejar kereta hari ni.

Mimpi?

Apa kaitan semua ini dengan mimpi? Iya mimpi itu mainan tidur dan tiada kaitan dengan entri ini. sekian

 

 

 

Wednesday, March 11, 2009

Kullu aam wa antum bikhair

Semalam adalah tarikh istimewa buat saya dan Izzuddeen. Tarikh ulangtahun kelahiran Baba yang dihormati dan dicintai. Semoga kita semua kekal dalam ni’mat iman dan Islam dan dihidayahinya dalam setiap urusan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Selamat ulangtahun Baba. I am a good son right? Look…  I comfortably wear the band you bought for me. May Allah bless you and mama”

Next Page

Blogdrive