|
|
|
|
Monday, March 19, 2007
Tanzir Today, I feel much better. AlhamdulilLah. O Allah, please accept my repentance. Wednesday, March 14, 2007
“komitmen” dalam cinta? 2. Bagaimanakah meraikan "komitmen" sebelum "waktunya"? Mari kita kongsikan panduan berikut: 1. Seorang lelaki yang dikatakan benar-benar memberikan komitmen (atau mudahnya komited) ialah lelaki yang bersungguh-sungguh untuk mengahwini wanita pilihannya. Fasa hubungan yang dibentuknya adalah sangat jelas mulai dari proses mengenali wanita tersebut (sebaik-baiknya melalui orang tengah), merisik, bertunang dan akad serta walimah. Pembentukan hubungan juga sangat jelas iaitu taqdim untuk "berkahwin" dan bukannya taqdim untuk "berkenalan dan bercinta". Jangka masa yang di "timeframe" sumayyah. (p/s: tahniah untuk semua anak-anak saudara kami Faiz, Hafiziani, Fahmi, Usamah yang perfomed very well dalam SPM, PMR dan UPSR respectively ... Mabruuk.) Tuesday, February 27, 2007
Kick start kopi radix "publish or perish" atau dalam dialek tempatannya "terbit atau tubik". Begitulah intro tulisan saya kali ini. Percayalah bahawa kita akan mendapat kekuatan dan semangat untuk sesuatu perkara setelah kita memulakannya. Demikian kerana kita mendapat semuanya itu dengan penglibatan kita. Walau apapun keadaannya, rahsia sesuatu impian menjadi realiti ialah …
Ye mulakanlah… a kick start of your own for whatever you dream you wanna be. Saya juga dapat a cute mini calendar which says "la tu'ajjal 'amal al yaum ila al-ghad" maksudnye? Hehe…sila cari sendiri… papai Tuesday, February 20, 2007
Cawat Besi Menilai pandangan penggunaan Cawat Besi bagi menangani jenayah rogol
Tulisan ini dengan rendah dirinya adalah bertujuan untuk meninjau kepada pandangan yang menyarankan penggunaan cawat besi bagi mencegah jenayah rogol di kalangan wanita di Terdapat dua isu di sini yang akan Apa ada dengan cawat besi Apa itu cawat? Cawat sering dirujuk kepada seluar dalam atau dalam bahasa Inggerisnya loincloth. Perkataan bercawat sering diasosiasikan dengan orang asli atau orang dayak yang tinggal dipendalaman. Pakaian ini berbentuk segi tiga dan hanya menutupi kawasan sulit pemakainya sahaja. Bagi orang Melayu pula perkataan bercawat sama ada merujuk kepada orang asli ataupun seseorang itu telah menjadi papa kedana. Apa itu cawat besi Perkataan cawat besi pernah dipopularkan tidak berapa lama dahulu oleh seorang ahli politik apabila dia mencadangkan supaya dipakai oleh para wanita bagi mengelak dari menjadi mangsa rogol. Cawat besi secara literalnya difahami sebagai cawat yang diperbuat dari besi untuk melindungi pemakainya dari dicerobohi. Ia dipakaikan kepada atau oleh orang wanita untuk mengelakkan dari dirogol. Cawat besi dikatakan popular dikalangan orang Bugis dan dipakaikan kepada isteri untuk mengelakkan isterinya dari berlaku curang atau dirogol. Cawat besi juga dikatakan mempunyai kunci yang hanya dipegang oleh si suami atau penjaganya. Sejenis alat baru telah dicipta di Afrika Selatan untuk tujuan yang sama yang dinamakan sebagai anti-rape female condom. Alat ini berbentuk leper dan panjang dan dilekatkan duri-duri tajam di atasnya. Cara menggunakannya adalah dengan memasukkannya kedalam alat sulit wanita dan dikatakan akan melekat kepada kemaluan lelaki yang Jenayah rogol Bagi memahami isu cawat besi dengan lebih mendalam, maka isu jenayah rogol yang menjadi punca terbitnya semula isu cawat besi perlu disorot secara sepintas lalu. Wikipedia menakrifkan Rogol (atau pencabulan) adalah serangan seksual yang dianggap oleh kebanyakan orang sebagai jenayah yang sangat serius. Statistik kes jenayah rogol di negara kita menunjukkan satu trend yang sangat membimbangkan. Menurut Malaysia Crime Prevention Foundation jumlah kejadian kes jenayah rogol menunjukkan peningkatan yang signifikan dari setahun ke setahun. Mengikut perangkaan pada tahun 2002 dianggarkan purata berlakunya jenayah rogol adalah sebanyak 4 kes sehari. Rogol kemudian bunuh Fakta ini amat menakutkan dan menggerunkan seluruh rakyat Mencari punca rogol Bagi mencari kaedah untuk mengatasi jenayah rogol maka punca berlakunya jenayah rogol perlu diselidiki. Isu-isu yang perlu dijelaskan ialah kenapa mereka merogol, apakah kriteria mangsa rogol, apakah faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu berubah menjadi perogol. Untuk itu, perbahasan akan dipecahkan kepada beberapa isi iaitu: Punca rogol dari sebab lelaki Fakta yang mengejutkan ialah profil perogol terdiri pelbagai golongan, peringkat umur, kedudukan sosial, dan latar belakang pendidikan. Mereka yang melakukan perbuatan ini didapati menghadapi gangguan psikologi dan emosi yang serius. Gangguan tersebut akan menyebabkan seseorang itu menjadi "manic psychosis" yang boleh menyebabkan seseorang lelaki itu hilang kawalan dalam dirinya. Selain itu, pengaruh dadah, pil khayal, dan arak juga boleh mengakibatkan seseorang itu bertindak secara ganas dan melakukan jenayah seksual hatta terhadap anaknya sendiri. Bebarapa keadaan yang berpotensi untuk menyebabkan seseorang itu menjadi perogol adalah: Personaliti yang lemah. Iaitu sikap suka berimaginasi dan lemah kawalan diri. Mengimaginasikan bayangan atau kelakuan yang erotik ini boleh menimbul keghairahan dan keinginan untuk melakukan seks. Mereka ini berpotensi untuk melakukan jenayah rogol sekiranya mendapat peluang. Sigmund Freud, Erik Erikson dan Jean Piaget berpendapat punca utama jenayah seksual ialah perubahan hormon yang menggugat keseimbangan psikik yang dicapai pada tahap psiko seksual terdahulu iaitu pendaman (latency). Demikian juga bagi individu-individu yang berasal daripada keluarga yang tidak sejahtera dan porak-peranda. Sikap ingin tahu yang keterlaluan Lebih ironis lagi apabila pakar psikologi berpendapat, dorongan melakukan jenayah seks mungkin berasal daripada sikap ingin tahu yang keterlaluan. Menurut Perunding Kesihatan Perilaku, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Khalib Abdul Latiff menjelaskan beberapa ciri-ciri manusia yang mesti diawasi seperti pendiam, Perilaku yang tidak stabil, tidak aktif berpersatuan, tidak mempunyai aktiviti umum yang khusus atau hobi , melakukan kerja yang tidak melibatkan aktiviti fizikal, Kerja `relaks-relaks' dan suka memerhatikan orang. Masyarakat kita yang kononnya bersikap 'tidak mahu menjaga tepi kain orang' merupakan salah satu faktor meningkatnya kes keganasan terhadap wanita. Walaupun mereka melihat dengan mata sendiri, wanita didera suami, wanita dirogol oleh orang yang tidak dikenali namun tiada sebarang tindakan diambil. Kerap menonton VCD lucah, majalah-majalah lucah, laman web lucah dan sebagainya. Faktor seterusnya ialah outlet yang halal untuk melepaskan gelojak nafsu. Ia mungkin disebabkan tidak berkahwin kerana tidak mampu atau memang tidak mahu berkahwin. Dorongan nafsu seks dan sifat ganas boleh dibahagi dua. Nafsu seks memanglah ia suatu naluri semula jadi dalam diri manusia. Cuma gejolaknya berbeza-beza di antara satu individu ke individu yang lain bergantung kepada sekadar mana naluri ini diurus-kendali. Gejolaknya dalam diri seseorang akan meningkat terutamanya jika dia dikelilingi pelbagai imej dan mesej yang merangsangkan nafsu tersebut. Seperti imej-imej dan mesej yang merangsangkan nafsu seks di kacaTV, VCD, akhbar harian, tabloid, majalah, novel, internet, iklan dan lain-lain secara terang dan tersembunyi imej dan mesej seksual bebas digunakan sebagai tarikan dan hiasan. Dalam sebuah temubual yang dilakukan oleh seorang wartawan suratkhabar arus perdana terhadap Peluang Antara faktor lain yang turut menyumbang ke arah berlakunya jenayah seks adanya ruang dan kesempatan bagi si penjenayah. Ruang dan kesempatan berkait dengan soal siapa si penjenayah tersebut, kedudukan dan kebebasannya bergerak di tengah masyarakat, rekod jenayahnya dan sama ada ia diketahui. Ia juga terkait dengan lokasi berlakunya jenayah. Tanpa lokasi yang sesuai penjenayah setegar mana pun akan sukar membuat angkara. Siapa si mangsa juga termasuk dalam faktor ini. Ini amat jelas dalam kes-kes yang melibatkan soft targets seperti wanita. Faktor mangsa juga penting dalam kes-kes jenayah seks yang melibatkan mangsa diperdayakan oleh kenalan sama ada lama ataupun baru. Cara mencegah jenayah rogol Melihatkan kepada punca-punca kejadian jenayah rogol di atas maka tidak hairanlah mengapa pemakaian cawat besi dicadangkan. Jumlah kejadian kes jenayah rogol semakin bertambah dari hari ke hari dan makin bertambah ganas sifat. Namun persoalan yang timbul adalah, sejauh mana keberkesanan cawat besi untuk mencegah jenayah rogol? Adakah disana kaedah lain yang lebih berkesan dan praktikal? Cadangan supaya menggunakan cawat besi menjadi bahan ketawa dan lelucon. Ini merendahkan lagi kredibiliti insititusi ulama lantaran pandangan yang nampaknya tidak relevan. Menurut Dr. Khalib Abdul Latiff iaitu Perunding Kesihatan Perilaku, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Jenayah seksual hanya boleh dibendung dengan dua cara sahaja iaitu pertamanya ialah memantapkan ilmu dan nilai agama secara bersepadu dan yang keduanya ialah menyediakan persekitaran fizikal, media, sosial, politik, ekonomi, teknologi, budaya, adat dan lain-lain yang kondusif untuk membina kehidupan positif dan terbimbing ke arah kemakmuran keluarga, negara, agama, budaya dan bangsa.
Kerajaan Perlu mainkan peranan aktif Peranan utama untuk mencegah jenayah ini adalah dipihak kerajaan. Dalam pindaan tahun 2004 Seksyen 376 Kanun Keseksaan, hukuman paling keras bagi kesalahan rogol ialah mati mandatori ke atas pesalah jenayah rogol yang menyebabkan kematian mangsa. Pindaan ini menghapuskan hukuman sebat dan penjara tetapi sebaliknya pesalah dibawa terus untuk menjalani hukuman mati di tali gantung. Jemaah menteri turut mencadangkan supaya hukuman penjara seumur hidup dengan sebatan dikenakan ke atas perogol yang melakukan kesalahan sama secara berulang tetapi tidak membawa maut. Manakala desakan masyarakat supaya perogol disebat di khalayak ramai, masih belum mendapat pertimbangan serius dari pihak kerajaan. Menurut Dr. Khalib Abdul Latiff hukuman adalah tindakan reaktif sedangkan membendung adalah tindakan proaktif. Sehubungan itu, membendung adalah lebih baik kerana apabila sesuatu perkara itu sudah berlaku, ia tidak memberi apa-apa makna lagi. Mati di tali gantung, sebat dan sebagainya, tidak akan berkesan sekiranya tidak dilakukan dengan cara yang betul. Sebab itulah, katanya, banyak jenayah masih terus berleluasa meskipun mereka tahu ia boleh mati di tali gantung. Kembali kepada Islam. Oleh itu, Cara pencegahan jenayah rogol yang paling baik yang Meneliti kepada punca berlakunya jenayah rogol mendapati puncanya adalah gabungan dari elemen-elemen seperti berikut iaitu nafsu manusia, persekitaran dan peluang yang ada. Faktor manusia yang lemah iman dan kuat nafsunya dibelai pula nafsunya oleh persekirannya melalui wanita yang berpakaian seksi, media, vcd lucah, internet serta kewujudan pula peluang untuk melakukannya seperti wanita yang keluar bersendirian dan sebagainya. Punca punca ini perlu ditutup bagi mengurang potensi untuk berlakunya jenayah rogol. Satu reformasi pendidikan perlu dilakukan bagi melahirkan manusia yang taat kepada Tuhan dan baik budinya. Instrumen masyarakat diaktifkan kembali peranannya baik rukun tetangga, AJK Masjid, persatuan-persatuan dan sebagainya bagi menghidupkan sistem sokongan yang boleh mengurang risiko berlakunya jenayah ini. Begitu juga dengan media baik elektronik mahupun media cetak perlu ditetapkan satu garis panduan yang Islamik bagi menghalang penyiaran bahan-bahan pornografi ataupun lucah yang membangkitkan nafsu sahwat orang yang melihatnya. Peranan Institusi Keluarga Satu lagi perkara yang tidak kurang pentingnya ialah, peranan institusi keluarga dalam menjaga dan melindungi ahlinya dari terdedah kepada bahaya ini. Keluarga perlulah bersikap prihatin dan proaktif di dalam menjaga keselamatan ahli keluarganya. Ini termasuklah mengawal atau memantau pergerakan anak gadisnya dan mendidik anak lelakinya menjadi orang yang bertanggungjawab. Begitu juga pada peringkat individu, ruang dan peluang untuk berlakukan kes ini haruslah ditutup serapat-rapatnya. Orang lelaki dididik menjadi bertanggungjawab dan beramanah manakala orang perempuan dididik untuk menghormati diri dengan cara beraklak dengan akhlak yang mulia. Menjaga aurat dan pergaulan boleh mengurang risiko dari menjadi mangsa rogol. Kesimpulan Kaedah yang terbaik untuk menangani masalah ini ialah dengan cara kembali kepada ajaran Islam. Semua ini iaitu dengan cara pendidikan, penguatkuasaan, pembentukan sahsiah masyarakat dan peribadi serta hukum yang mendidik merupakan kaedah pencegahan yang baik yang disediakan oleh Islam bagi membendung jenayah rogol. Dengan menghad hanya pihak wanita sahaja yang memakai perlindungan diri tanpa menutup sebab-sebab berlakunya jenayah rogol dan tanpa sokongan dari masyarakat mahupun kerajaan maka hal ini adalah sia-sia. Memakai cawat besi ataupun apa-apa jenis alat sekalipun sekiranya masyarakat itu rosak tidak akan membawa apa-apa perubahan. Bahkan adalah lebih praktikal untuk membekalkan wanita dengan senjata untuk mempertahankan diri dari hanya menutup bahagian tertentu sahaja. Kajian di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa sekalipun negara itu mempunyai angota polis yang ramai, sistem perundangan yang efisen tetapi kadar jenayah rogol tetap tinggi. Ini adalah kerana masyarakat itu sendiri telah rosak dengan sebab meninggalkan agama. Pemakaian cawat besi juga seolah-olahnya menunjukkan kerajaan sudah tidak punya kuasa bahkan tidak lagi diyakini kredibilitinya. Jenayah berleluasa tanpa dapat dibendung. Apa gunanya ada kerajaan sekiranya kebajikan dan keselamatan rakyat sudah tidak terjamin lagi. Penutup Tanpa sebarang prejudis dan niat jahat untuk mengaibkan sesiapa, tulisan ini mendapati bahawa mengarahkah wanita mengenakan Cawat Besi untuk menggelakkan dari dari menjadi mangsa rogol adalah tidak sesuai. Ia bukan sahaja tidak praktikal bahkan memangsakan lagi wanita dengan menggunakan satu kaedah yang asing. Sedangkan punca dan faktor yang mendorong kepada berlakunya masalah ini tidak pula Saturday, February 10, 2007
Alahai Mat Jais Jangan salah sangka, Mat Jais di atas bukanlah penyanyi era 70 an yang terkenal itu, bukan juga Mat Jais ketua kampung Harimau Menguap di negeri mundur bukan di pantai barat bahkan bukan juga perajurit yang terkorban akibat menaiki besi buruk dari Amerika.. Mat Jais ini adalah nama baru bagi geng penguat kuasa agama di seluruh negeri. Peringatan ianya hanyalah kebetulan mempunyai nama sama dengan JAIS kesamaan ini hanyalah kebetulan semata mata jangan nak fitnah erk.. Ok kita berbalik kepada cerita Mat Jais ni. Dulu geng Mat Jais ni digeruni oleh orang yang menyukai taman-taman bunga, hotel-hotel murah, rumah-rumah [urut] bujang bahkan juga oleh orang-orang lorong; yang melepaskan keserakahan nafsu atas nama pencinta wanita, kerana kuasa dan kehaibahan – haibah ni maksudnya hebatlah- yang dimilikinya. Mahu bikin projek baik punya terpaksalah cari hutan lipur yang terpencil ataupun sewa mana-mana pot yang secure demi untuk menjaga maruah mereka yang sedia tidak bermaruah itu ( tahu malu oo). Sebab kalau kena tangkap oleh geng ini malu tak usah ceritalah saentero dunia. Pendek katanya biarlah terjun dari tingkap hotel dari ditangkap dan diaibkan oleh geng ini. Tangkap basah? Gelaran kena tangkap ketika dalam keadaan basah ini sangat Berbalik kepada gelaran tangkap basah tu, tangkap basah ialah satu istilah yang memberi makna kepada satu keadaan dimana orang ditangkap dalam keadaan basah! Emm dalam keadaan sedang melakukan perbuatan mukadimah zina ataupun sedang berzina ( sebelum diserbu oleh Mat Jais) . Senang cakapnya tangkap khalwat.. Aib seaib-aibnya orang yang ditangkap itu, baik lelaki maupun perempuan, keluanga mereka apatah lagi mahu sahaja dicabut dan difaceoffkan muka mereka itu gamaknya. Kali ini basahlah muka mereka itu dek kerana tercalit arang basah dari lembah durja itu.
Satu kampung tahu, satu daerah juga tahu. Mereka ini seolahnya kekal dipandang serong oleh masyarakat dahulu.. Sebab itu masyarakat Melayu dulu cukup takut anak dara ke anak teruna mereka ditangkap basah...
Penyelesaiannya pasangan itu dikahwinkan ( mungkin ada yang menggunakan tektik ini untuk kawen free..ceehh) selesai satu bab. Apa kaitannya semua ini dengan Mat Jais? Dulu dulu, nak tangkap orang bermukah ini tidak perlukan kepada kad kuasa mahupun tauliah. Cukup sahaja ahli kariah masjid, tok imam ataupun ketua kampung yang menyettlekan hal ini. Pantang ada keadaan yang mencurigakan; dengan cekapnya rumah mereka itu akan diintip oleh tok iman dan kuncu-kuncunya untuk menyiasat. Boleh kata efektiflah kaedah ini, walaupun tidak dicanggihkan dengan segala macam prosedur dan langkah-langkah bijak cemerlang gemilang itu. Namun zaman berubah dengan pembaharuan dalam pentadbiran pejabat agama dan cabangannya. Hari ini? Hari ini pencegahan mungkar memerlukan kad kuasa, prosedur penangkapan 1,2,3.. bahkan perlu juga disertai oleh pihak keselamatan. Baguslah perkemasan prosedur itu, namun prosedur sahaja tidak memadai rupanya. Kes ratu cantik lawan mufti Selangor yang berkesudahan pihak ratu cantik berjaya menyingkirkan pihak mufti.. apa cerita tu? prosedur dah follow baik punya.. tapi orang atas kayangan pula yang tidak perkenan.. akibatnya ..korang pun dah tahukan.. Begitu juga dengan kes penangkapan orang Melayu Islam disebuah disko di ibunegara dengan beberapa gelas arak dihadapanya.. lepas juga mereka.. yang kena di ambil tindakan... Mat Jais jugak.. diperketatkan sana diperketatkan prosedur penangkapan dan macam-macam lagi. Nasiblah kau Mat Jais Tapi ada hebatnya jugak Mat Jais ni.. iaitu hebat dalam bab meruntuhkan surau-surau haram - ingatkan masjidil haram di Mekah je - macam yang berlaku di bangi, di ampang dan beberapa kawasan lagi. Tang tu hebatlah sangat pulak Mat Jais ini. Sudah tinggal cawat je.. Aku rasa, Mat Jais hari ini sudah diumpamakan tinggal cawat je.. Yelah nak tangkap orang murtad takde bidang kuasa ( or tak cukup bidang kuasa) .. nak tangkap orang sesat, orang sesat lagi cekap dari mereka, buat teguran terbuka kepada media pun – macam kes SS Dato Harun Sani- orang buat dek je.. yang ada pun hanyalah kuasa seciput untuk mencegah orang berbuat mungkar, baik terbuka ke atau pun tersembunyi.. (itupun main pilih-pilih kes..) Eehhh dalam pada itu pun, kuasa ini nampaknya Maknanya Mat Jais ni.. orang nak sekadar ada je buat syarat.. kerja tu.. kena pulak ikut SOPP, Protokol itu ini, Prosedur itu ini jugak, ISO, 5-S itu dan ini.. Sedangkan masyarakat yang dijahilkan ini – oleh sistem pendidikan – hanyut dan tidak
Tajassus ni Mat Jais je ke? Polis ke, bomba ke, askar ke bagaimana? Ye Mat Jais banyak kelemahannya.. tapi janganlah ada double standard. Kenapa Mat Jais je yang dilarang melakukan intipan untuk mencegah mungkar, sedangkan polis juga mengintip, askar kita juga mengintip, kastam juga mengintip dan pihak keselamatan juga mengintip.. Dalam banyak-banyak intipan ini, rupanya Mat Jaislah yang paling buruk sebab itulah dia diperketatkan kerjanya. Kesian Mat Jais.. Bukan salah korang tapi salah orang yang terlalu cerdik bercakap.
Bagaimana rupanya Mat Jais ni tanpa adanya siasatan, informer, serbuan, pemeriksaan dan semua itu? Barangkali duduk dipejabat tunggu mungkar dilakukan dihapadan pejabat agama baru boleh diambil tindakan.. agaknya itulah yang dimaksudkan oleh golongan cerdik pandai terhadap kupasan hadis " barang siapa yang melihat kemungkaran.." jadi supaya tidak lihat kemungkaran memadailah dengan duduk dipejabat.. buatlah apa yang patut seperti chatting, membaca surat khabar dan bergossip.. apalah nasib engkau Mat Jais. Apa sudah jadi ni? Berbanding dengan kesalahan Mat Jais mengaibkan orang dengan cara menghebohkan tangkap basah ini, masih ada jenayah kemanusian yang lebih hebat lagi; iaitu penafian hak untuk membela diri. ditangkap dan dituduh tanpa bicara dan tanpa segalanya. Lantas bagaimana pula hal ini wahai pendita yang bijaksana dan sinun? Berilah nafas kepada geng Mat Jais ini, dengan cara memberikan mereka lebih kuasa dalam menjalankan tugas mereka. Siapa lagi yang boleh buat kerja amar ma`ruf ni tanpa tauliah melainkan mereka nilah.. sokonglah mereka dengan memohon diperkasakan mereka dengan peruntukan undang-undang yang sewajarnya.. jangan mengdismotivasikan mereka dengan cercaan dan sekatan yang tidak munasabah.. sesekali pendita-pendita yang bijaksana dan sini itu harus juga turun Tersimpulnya hujah? Untuk menebang pokok, orang tua-tua kata pokok juga yang menumbangkannya. Sebab gandar kapak itu asalnya dari pokok jua. Yang menghakis ketuanan melayu bukan makhluk asing dari negara tah mana-mana sebaliknya orang melayu juga, yang menekan institusi agama Islam di tanah air yang tercinta ini, bukan Amerika bukan juga Rusia, sebalik orang agama juga rupanya..
Masyarakat dijahilkan agamanya secara sistematik, instrument dan organ masyarakat direntap dan dirampas peranannya dengan segala peraturan dan arahan baru, mati sudah peranan AJK Masjid, individu prihatin, institusi perguruan.. yang tinggal orang yang berjawatan tetap dan dilantik melalui SPA.. itupun banyak yang tidak boleh dari boleh..
Lantas masyarakat yang hanyut ini dimana pula mahu berpaut agar tidak terus hanyut? Memadaikah dengan hanya berseminar untuk orang-orang di IPTA, cukupkah dengan kertas yang berkerja tanpa ada implementasi di peringkat penguatkuasaan dan pencegahan?
Yang kecil itu baiknya dibesarkan peranannya... sebab mungkar itu besar dan diperbesarkan lagi.. dengan medianya, dengan sosialnya, dengan musiknya, dengan budaya importnya, dengan gajetnya pendek kata mungkar itu gergasi.. sedangkan geng ma`ruf dimarginizekan sedikit demi sedikit..
Jangan kerana satu kesalahan - kes Mat saleh diminta surah nikah di Langkawi- atau beberapa kesalahan maka Mat Jais ini diperlekehkan, diprojeksi imejkan dengan segala kebusukan dan keburukan, hingga kerja baik mereka terselindung lantas dizahirkan sisi hitamnya... yang ketawa dan gembira.. sang pelaku maksiat.. aduhh malang sekali..
Sekiranya bukan kita yang cuba mempertahankan sisa-sisa kuasa intitusi agama di negara kita, siapa lagi? Fikir fikirkanlah.. Sekian Saturday, January 27, 2007
The Best of Yourself Sekarang pagi tanggal 27 Januari 2007. Penulis masih mid sem break, so hari ini tidaklah ke kelas dan duduk sahaja di rumah. My dH ada kelas right now dan lepas ni my dH akan terus ke program di sebelah malamnya. Selepas itu, kami sekeluarga akan balik ke Pahang - dan he will conduct motivational talk di Pahang pula pagi keesokan harinya, in syaAllah. "The Best of Yourself" adalah natijah observasi beberapa figure yang punyai sikap positif yang membuatkan penulis kagum dengan mereka. Interaksi formal dan tidak formal dalam ruanglingkup penulis sebagai pelajar, pendidik dan rakan sekerja. Umurnya lingkungan 40 an, seorang perempuan yang bekerja sebagai gardener di pejabat penulis. Kami mula-mula bertemu ketika program peringkat kolej (yang antara slotnya ialah motivasi beramal jariah menerusi YPEIM). Saya senyum kepadanya sewaktu kami berbalas pandangan di program tersebut. Sewaktu program, penceramah memohon agar kakitangan kolej turut sama-sama beramal jariah menerusi potongan gaji. Dan penceramah pun mengedarkan borang potongan gaji yang perlu diisi dan diserahkan semula sebelum program berakhir. Ketika itulah saya lihat beliau (makcik tukang kebun tadi) menghampiri kawan saya, perlahan-lahan dia bersuara "dik, makcik nak isi borang ni, tapi makcik tak tau nak tulis, boleh dik tolong isikan tak?" kawan saya segera menghulurkan bantuan. Kemudian, beliau terkocoh-kocoh pula menghulurkan kad pengenalannya kepada kawan saya, lantaran beliau tidak tahu mengeja namanya sendiri. Setelah borang tersebut siap dipenuhkan, beliau tersenyum gembira dan wajahnya menggambarkan kepuasan. Saya termenung keinsafan, saya mendapati terdapat segelintir dari kami yang hanya memulangkan borang tersebut – khali. Sekalipun gaji mereka lebih besar, dan mereka tahu menulis nama mereka sendiri berbanding makcik tadi. Saya berasa sangat kagum dengan beliau. Saya terfikir jumlah angka pendapatan bukanlah kayu ukur sebenar kesedaran untuk beramal jariah. Umurnya masih muda – baru menginjak 20 tahun. Bagi remaja lelaki seusianya, mungkin tidak melalui seperti yang dialaminya. Diringkaskan cerita, he came from a broken family, his parent divorced only when he was newly born. He dreamt that his step father will grow him happily, but it remained as a nightmare (dia pernah kena dera dengan first ayah tiri dia sampai masuk paper). Then ibu dia berpisah dengan first bapa tiri dia (setelah dapat dua orang anak). Dan ibunya membesarkan mereka bertiga. Then, demi keselamatan keluarga (yang diancam oleh 1st bapa tiri), maka ibunya berkahwin lain, hinggalah sekarang. Ayah sebenar dia? Ayah sebenar dia telah mengabaikan tanggungjawab terhadapnya secara 100%. Dia melakukan kerja kasar just untuk bantu persekolahan sendiri dan ibunya. Dan demi memastikan kelangsungan punca pendapatan yang lebih baik, dia menyiapkan proposal perniagaan ibunya sehinggalah hari ini ibunya mampu mengendalikan perniagaan runcit sendiri. Namun, yang paling mengagumkan penulis ialah bila ditanya ttg hubungan dia dengan ayah sebenar dia. Dengan jelas (dan berkali-kali) sepanjang perbualan kami dia berkata "saya tetap terima ayah saya, dia tetap ayah saya. Dosa dia dengan Allah adalah urusan dia. Tapi sebagai anak, saya tak mahu berdosa pula sbb menderhakai dia. Saya ziarah ayah saya, kakak dan abang saya yang tinggal dengan dia." Hebat! Bukan itu sahaja, dengan dua orang adik tiri dia (anak 1st bapa tiri dia tadi la…) dia sering ingatkan mereka supaya buat baik dengan bapa mereka. Bila time raya, dia mesti suruh dua orang adik dia ni call bapa mereka "kamu kena la cakap ngan bapak kamu. Walau apapun dia tetap bapa kamu. Abang tak nak kamu benci bapa kamu sendiri. Berdosa". Dia nasihatkan adik-adik dia supaya buat baik dengan orang yang pernah dera dia. Namun, ujian Allah terus datang menguji dia – terbaru dia tidak datang ke kelas beberapa hari, setelah sesi rundingcara, dia menjelaskan yang dia sakit kepala, doktor kata mungkin dia diserang barah otak. Bak kata dH, dia jauh lebih matang berbanding usianya – itulah hakikatnya (dan my dH lah yang memotivasikan penulis menceritakan kisahnya di blog kami). Ujian mematangkan hidup, mungkin bagi sesetengah orang cerita ini biasa sahaja, tapi bagi penulis yang dibesarkan dalam suasana yang cukup berbeza tentunya belajar banyak nilai positif menerusi figure ini. Moga Allah beri hidayah dan kekuatan untuk kita semua. (p/s: pic di atas tiada kena mengena dengan entry. Ia hasil kemahiran amatur co driver sewaktu travel balik kampung. Inilah "aura" balik kampung malam ini Thursday, November 30, 2006
Talk show Dhuat
Assalamulaikum.. Lama sungguh el tak menulis.. berkarat rasanya idea dan jari jemari untuk mecorakkan idea kepada kata-kata.. apapun ini ada sedikit buah tangan untuk kalian, Oleh itu terima kasih untuk Bro Dhuat atas usahanya.. Satu rakaman audio antara el dan Bro Dhuat.. Rakaman ini adalah inisiatif bro Dhuat www.kaset79.blogspot.com [ tahniah bro and teruskan usaha ]. Merupakan kumpulan Idea, persoalan, kerisauan, cadangan dan rungutan yang bersarang dalam minda el diterjemahkan dalam bentuk diskusi (audio) guna -kononnya- untuk mengenali permasalahan sekitaran dan mencadangkan - lagi kononnya - penyelesaian dan tindakan paling tidakpun untuk diri sendiri. Diskusi el dan Bro Dhuat dirakamkan disebuah rumah yang Tinggi di Ibu Kota. El bukan penceramah atau motivator atau pemerhati sosial yang pro lagi powerranger, sekadar ekspressi idea untuk dihujjah semula sebelum ditelan atau ditolak oleh para pemikir dan pembaca - pendengar- yang bijaksana.. sebarang komen amatlah di alukan.. oleh itu terimalah.. jeng jeng jeng.. Friday, November 17, 2006
Cinta dan Perkahwinan Soal cinta adalah soal hati. Ia subjek yang tidak diajar di mana-mana sekolah mahupun IPT, namun setiap jiwa memerlukan cinta. Landasan suci sebuah cinta sering dimanupulasi hingga ia tercemar dan dicemari. Kenapa tiada silibus merakam sebuah cinta suci? Adakah ia tidak praktikal? Syukur alhamdulilLah sebab dulu sempat berguru dengan Prof Ariff waktu belajar fiqh usrah. Dulu masa belajar waktu degree, ada kawan kata "masa ni nak kena cari calon, kat luar Membina Diri, Membangun Peribadi. Pembinaan peribadi (fardi) adalah stage paling esensi. Keutuhan dan kematangan merangkumi jiwa dan emosi. Bagi penulis, diri yang baik dan mampu membaik Merancang Halatuju, Memperkukuh Matlamat Konsultasi dan Taati Wali Anda Apakah maksudnya? Anda sepatutnya bersyukur sekiranya mempunyai wali (sama ada ayah, abang atau bapa saudara) yang mengambil berat urusan jodoh anda dengan adil berdasarkan kaca mata Islam. Kerana wali yang sebeginilah yang akan memainkan dua peranan utama iaitu 1) menilai dan menyiasat 2) memberikan panduan membuat keputusan. Pernahkah anda mendengar ungkapan yang berbunyi "aku nak kawan dulu dengan dia, nnt dah setahun dua ke bila dah kenal hati budi dia, aku rasa dia okey, then aku serius lah nak kahwin dengan dia". Ya. Ramai yang ber'kawan' @ bercinta hanya semata-mata 'mahu kenal'. Persoalannya mengapa peranan utama wali diketepikan. Ketahuilah bahawa tanggungjawab menyiasat dan menilai serta melaporkan dengan adil siapa 'calon' yang telah taqdim kita itu adalah wali kita? Mereka lah yang lebih tahu dan berpengalaman serta telah menjaga dan mendidik kita dengan baik. Sudah tentu, mereka juga mahu me'lepas' Benarlah jodoh, ajal maut itu di tangan Allah, namun usaha itu tetap ada. Sama juga seperti rezeki right? Memang ia ditentukan oleh Allah, namun manusia mesti berusaha untuk mendapatkannya. Kalau tidak, tentu kita juga yang susah. Namun, remaja terutamanya silap dalam mendifinisikan 'usaha' yang dimaksudkan. Usaha bukanlah berdating, menghadiahkan bunga atau meraikan valentine. Namun usaha adalah dengan membina peribadi serta merancang halatuju sebuah perkahwinan dan mengfungsikan peranan wali. | |||||