|
|
|
|
Wednesday, September 03, 2008
Ramadhan: Fokuskan Azammu! Tahun ini genaplah tahun yang ke 28 saya melalui Ramadhan. Namun,
jika dihitung, setiap tahun Ramadhan yang saya tempuhi ada kekurangan di Sehari sebelum Ramadhan, saya bertanyakan hubby tentang apa
matlamatnya untuk Ramadhan tahun ini. Jawapannya
ringkas – mahu menjadi Muslim yang lebih baik dari sebelumnya (Ramadhan). Saat
hubby menanyakan saya pula, saya menjawab juga dengan ringkas – mahu memakmurkan
Ramadhan kali ini. Ringkasnya, jawapan hubby dalam bentuk output sementara
jawapan saya menjurus kepada proses. Namun, kedua-duanya adalah keazaman yang
pada akhirnya membawa maksud yang sama. Sama ada proses mahupun output,
kedua-duanya harus di’hidup’ Berdasarkan pengalaman, keazaman yang pada awal Ramadhan begitu
hangat mula menjadi suam lalu sejuk lantaran fokus yang semakin hari semakin
berkurangan dek ghairahnya menyambut eid ul fitri atau masghulnya manusia
dengan urusan harian. Ya. Manusia sering hilang fokus. Hanya dengan memfokuskan
keazaman dan saling mengingatkan, maka kita akan lebih teguh untuk
menjayakannya. Beruntunglah bagi pasangan suami isteri yang saling
mengingatkan, bertuahlah bagi sebuah keluarga yang sentiasa menasihatkan dan
bersyukurlah untuk sebuah persahabatan yang saling mendoakan. Ingat-mengingati,
nasihat-menasihati dan doa-mendoakan di antara kita semua agar tidak lupa akan
matlamat yang kita tetapkan untuk Ramadhan 1429Hijriah ini. Tetapkan Azammu. Istiqamahkan Usahamu. Fokuskan Kejayaanmu. daripada Tuesday, July 15, 2008
Salam Alhamdulillah pembuka bicara, di mana hari ini genaplah 21 hari kelahiran putera sulung kami. Saya telah selamat melahirkan putera sulung kami yang comel dan sihat ini pada 24 Jun 2008, bersamaan 20 Jamadilakhir 1429 Hijriah, tepat jam 12.25 tgh di Pusat Rawatan Islam Az Zahrah, Bangi. Putera kami yang pada hari kelahirannya seberat 3.3 kg selamat dilahirkan secara normal, walaupun terpaksa melalui prosedur vakum. Syukur ke hadrat Allah kerana mengkabulkan doa saya untuk merasai detik melahirkan secara normal dan terima kasih yang tidak terhingga buat semua kakitangan PRIAZ yang sangat berdedikasi, komited, peramah dan suka membantu terutamanya pakar O&G yang menyambut kelahiran putera kami, Dr Fazlina serta seorang jururawat yang saya kenali sebagai Liha. Terima kasih buat hubby yang setia menemani dan memberi sokongan sepanjang lebih kurang empat jam saya melalui saat mendebarkan di bilik bersalin. Betul lah sebagaimana kata-kata teman-teman sepejabat saya, sakit bersalin akan hilang tatkala melihat bayi yang sihat selamat diletakkan di atas dada kita. “Nothing can talk better than experience J!” Putera sulung ini kami namai dengan Izzuddeen El-Hakem bin Ismanizam. Harapan kami agar putera kami ini bakal menjadi insan bijaksana yang memuliakan agamanya, sepertimana namanya. Ameen. Sahabat-sahabat yang datang berziarah ramai yang memberitahu saya, wajah Izzuddeen mirip waleednya. Saya hanya tersenyum gembira sebab saya sendiri bersetuju dengan pendapat mereka. Proses berpantang saya jalani seperti biasa di rumah sendiri. Awal kelahiran, kehadiran Mak dan Aki banyak membantu, maklumlah sebagai insan yang kaya pengalaman, apa yang dikongsi tentulah tidak sama seperti di dalam buku yang bersifat teoritikal. Baki hari-hari seterusnya saya banyak dibantu oleh semestinya hubby dan Ateh. Thanks to Ateh yang walaupun sibuk nak bergelar ratu sehari, masih sempat menyediakan makanan untuk k. ngah dan menengokkan “adik” Izzuddeen. Nampaknya, saya juga akan meringkaskan maternity leave saya untuk melunaskan taklifan yang sedia menanti. Memandangkan kesihatan saya kini pada tahap yang semakin baik adanya, maka saya perlu menghadiri kelas pengajian semula. Cumanya, jika dulu saya terpaksa berulang alik ke Gombak, kini perjalanan saya tidak lagi sejauh itu. Yes.. life keeps changing. Kini Izzuddeen sedang tidur-tidur ayam di tepi saya. Peningkatan berat badannya juga memuaskan. Bak kata Ateh, dagunya pun dah berlapis J. Doa waleed dan ummi, semoga Izzuddeen akan jadi anak soleh yang pintar ye. Bersempena dengan ulangtahun kelahiran Aki yang ke 69 pada 15 Julai, anakanda sekeluarga mengucapkan setinggi tahniah buat Aki. Semoga diberkati usia dengan amal soleh dan kesihatan yang baik. Salam sayang daripada puteri bongsumu J. Catatan oleh: Ummu Izzuddeen 15 Julai 2008 @ 5.57pm. Monday, July 07, 2008
Anugerah! Teng Merak Senteng Sentenglah padi huma hendak putih bagi empeng hendak rohong bagi bunga Bunga rawak bunga tenggiring Bunga kembang pagi hari bangun berarak bangun beriring nak tengok izzuddeen menari Dulu Wek ( panggilan untuk Nenek) selalu menyanyikan lagu ni pada cucunya yang baru lahir, hari ni lagu tu pula saya perturunkan untuk buah hati saya Izzuddeen elhakem bin Ismanizam Bin Ismail Bin Kassim Bin Yusof. Kepada teman dan sahabat yang telah datang menziarah, kami sekeluarga mengucapkan jazakalLah khayran kathira.. bagi yang ingin menziarahi bolehlah ke teratak buruk kami di Bangi. Doa teman teman agar anak ini menjadi anak soleh amatlah di harapkan.. terima kasih
Monday, May 26, 2008
Minggu minggi "Apa perkembangan terbaru?" sms daripada seorang teman sekolah yang telah lama tidak berhubung. Tersenyum sendiri memikirkan apa yang terbaru tentang aku?. Apa ye yang terbaru? Ok, minggu lepas saya kena saman parking. Iye betul, saman parking di Petaling Jaya. Hurm banyak juga jumlahnya tu lebih kurang RM 100. Terdapat banyak kereta yang diparkingkan disitu tetapi mengapa hanya beberapa kereta sahaja yang disaman, menggerutu hati saya memikirkan. Iyalah RM 100 tu banyak juga jumlahnya tak pasal pasal digunakan untuk sesuatu perkara yang tak munasabah. membazir betul. Yang kedua, Jagalah jantung , walaupun ada sparepart tetapi apabila meragam susah juga kita dibuatnya. Jangan salah faham, yang saya maksudkan disini ialah jantung kereta. Kenapa tak percaya yang kereta juga mempunyai jantung? Jumaat lepas, dalam perjalanan saya pergi ke pejabat tetiba sahaja kereta jadi semput. tak lama selepas itu enjin kereta mati dan mujurlah sempat berhenti ditepi jalan. Diringkaskan cerita, puncanya ialah oil pump, fungsinya macam jantung dan bentuknyapun lebih kurang jantung. ada injap masuk dan keluar. Lepas sahaja digantikan jantung baru, kereta pun bergerak semula. alhamdulilLah. Ketiga, Bersiap siaga menanti kelahiran cahaya mata bila bila masa sahaja dari sekarang. Jadi tak boleh bergerak jauh dari rumah kerana bimbang Aliah sakit. Kepada Allah hambaMu ini mengharap. Dalam sibuk sibuk orang menantikan kedatangan insan yang dinanti, Ada pula orang yang sibuk nak berkahwin. siapakah orang itu? Adik yang duduk di rumah tu rupanya sudah ada kumbang yang mengintainya. Kumbang bukan sebarang kumbang pulak tu, kumbang datang dari dekat je. Kepada Allah hamba mohon kemudahan.
Tuesday, April 15, 2008
What's going on? Alhamdulillah, pembuka bicara atas kelapangan ini untuk mencoretkan sesuatu di 'rumah' kami ini. Entry terakhir saya di sini dalam bulan Februari, makanya sudah lebih dua bulan kami tidak update blog ini. Setiap hari, antara rutin saya ialah meninjau laman-laman web bermanfaat dan membaca perkembangan menarik dan terkini dunia. Tetapi tiada pula rasa terpanggil mengupadate di sini, mungkin rutin saya berubah sudah, mungkin ya mungkin juga tidak. Awwalul kalam, MABRUUK buat hubby yang telah berjaya mencapai cita-citanya menjadi peguam Syarie apabila ditauliahkan sijil amalan guaman pada 17 Januari 2008. Katanya 'baju otroman' nya sudah ada, cuma tinggal untuk dimanfaatkan ke lapangan da'wah.. ameen. Saya sendiri teruja hadir ke makhamah syariah WP KL untuk sesi pentauliahan itu. Maklumlah, itulah kali pertama saya berpeluang masuk ke dalam ruang makhamah… sesi 'live' saya tak dapat lihat, sebab kami tiba lewat dan terlalu ramai orang. Pun begitu, gambar rasmi yang dirakamkan berjaya mengubat keterkilanan itu. Bermula dari pra-PRU ke 12, di mana saya ditinggalkan buat beberapa lama memandangkan hubby turun ke medannya di Pahang. Kenduri doa selamat di rumah Aki di Inderapura telah berjaya diadakan dengan jayanya… (kredit untuk orang yang masak sup ye...). Dan hari penamaan calon yang menyaksikan emak tersayang yang sudah berusia 65 tahun masih bersemangat untuk turut serta... (tabik lah mak...). Jika sesi tazkirah di Pahang pula, saya akan turut hadir, dapat mendengar kuliah yang disampaikan hubby adalah sesuatu yang sangat bermakna, cumanya time minta dikomen tu yang susah sikit... sebab saya tak tahu nak komen apa lah… Jaulah kami ke utara (sesi ziarah kekanda Anavilin el bugisiah sekeluarga) dan pantai timur tanah air untuk sesi ceramah pendidikan kewangan pelatih PLKN juga banyak memenuhi weekend kami kebelakangan ini. Saya sendiri pertama kali melintasi tasik Belum dan banjaran Titiwangsa… subhaanallah, cantik sungguh. Sayangnya, gambar dirakam PDA saya tidak cukup jelas. Ni yang nak kena beli digital camera baru ni... Sepanjang menemankan hubby ke sesi-sesi ceramah ini, banyak manfaat yang saya perolehi tentang pengurusan kewangan yang baik dan praktikal. Since then, I am lucky to have my hubby as my own Islamic financial consultant…. alhamdulilLah. My own routine flows as usual, for this semester I did not register for my coursework. So, my hectic life, at least dispersed for these few months. By the way, my focus right now is on preparing materials for the next coming semester (module, exam questions and so on). This is due to my expected maternity leave which will start another couple of months, and of course a part timer will temporarily replace me, so I need to prepare everything earlier…. pray for me ok. Thanks to my beloved head of dept, she's very understanding and caring. KL book fair – it was a little bit surprising because for the first time, we spent almost 90% on parenting books. If previously, I first and foremost climbed upper level (level four) to find out economic reference books, this time - we didn't. I just can't imagine that I didn't buy even single book on economy. The only thing made us upset was the sold out volume II, Abdullah Nasih Ulwan's book, as we managed to buy only his first volume of "Tarbiyyatul Awlaad fil Islam". Perhaps, that's all for now, this entry is nothing but to update latest info regarding us and may you enjoy reading it. BaarakalLahu fiikum. Wednesday, February 13, 2008
MIMPI dan PROMOSI BUKU
Monday, December 31, 2007
REFLEKSI ![]() ![]() ![]() Sebelum cuti mid semester, seorang pelajar menemui saya, lalu secara peribadi beliau mengemukakan masalahnya semester ini. Seusai dia bercerita mengenai situasinya, fahamlah saya kenapa beliau seperti ada masalah memahami pelajaran di dalam kelas dan quiz #1 nya juga tidak disempurnakan dengan baik. Rupa-rupanya beliau mengalami tekanan disebabkan semester lepas CGPA nya merudum, padahal sebelum ini beliau pelajar harapan jabatannya dan pernah bergelar 'dean's list'. Menurutnya dia kecewa dan takut kekecewaan itu berulang lagi semester ini. Saya menarik nafas untuk berkongsi rasa, bimbang atas amanah nasihat kerana ia memberikan kesan yang sangat signifikan bagi mereka yang benar-benar mengharap dan mencari kebenaran melalui nasihat. "Beginilah, mari saya kongsikan dengan kamu tentang 'persistent attitude'. Kamu tahu tentang sikap ini?" saya sengaja mencari haluan meraih minat dan konsentrasi. "Tidak, puan" wajahnya mempamerkan minat. "Seseorang yang persistent akan terus dan terus berusaha sekalipun dia pernah gagal. Baginya, kegagalan yang pertama tidak mematahkan usaha dan semangatnya untuk mencuba kali yang kedua, dan kegagalan kali kedua tidak mematahkan semangatnya untuk mencuba kali yang ketiga dan begitulah seterusnya. Orang yang persistent sentiasa yakin yang dia akan berjaya, untuk itu jika dia gagal dengan cara A, maka dia akan cuba dengan cara B dan begitulah seterusnya. Kegagalan tidak melemahkan semangatnya sedikitpun dan dia sentiasa berusaha untuk mencapai matlamatnya". Saya sedikit sebak. Dengan mengumpul kekuatan, saya menyambung. "Jika kita telusuri sirah Nabi Muhammad SAW, maka kita dapat melihat Baginda seorang yang persistent, kerana sekalipun usaha da'wah Baginda dihalang, dikecam dan dizalimi namun Baginda tetap berusaha dan mencari jalan untuk meneruskan da'wahnya, sejarah hijrah Nabi ke Madinah, perjanjian-perjanjian yang dimeterai serta siri peperangan yang dilalui semata-mata untuk meninggikan kalimah Allah. Jika tidak kerana sikap persistent ini belum Islam akan sampai ke tanah Melayu dan kita bergelar Muslim right?" saya cuba meneruskan kalimah. "Percayalah, hanya individu yang bersikap persistent sahaja yang berjaya. Kamu bukanlah gagal. Apa yang kamu perlukan ialah TERUSKAN BERUSAHA" saya menuturkannya dengan yakin. Dia kelihatannya menganggukkan kepalanya. Saya mendoakan pelajar yang berpotensi sepertinya akan berjaya. Dengan cemerlang. Begitulah doa saya.
Tetapi persoalannya, "Saya di mana?". Saya masih terlalu jauh untuk menjiwai jiwa seorang "cikgu". Saya terasa sangat kerdil. Kerdil dalam melaksanakan amanah ini.
Wednesday, August 29, 2007
moga ada hikmah... Setelah travelled sejauh beberapa puluh kilometer, turun naik komuter dan putra LRT, meredah hujan lebat, dengan payung dan juga wind breaker. Berlari-lari dan terkejar-kejar dari pejabat sehinggakan program tempat kerjaku juga terpaksa ku mohon pengecualian, tidak termasuk keterpaksaan rushing pulang ke rumah mengambil "keperluan" disebabkan "short notice". Sudahlah minggu ini saja yang masih berbaki sebelum pelajar-pelajar harapanku menduduki final. "Puan, bila carry marks kami keluar?" Ooohhh… para pelajarku… Sepasang kaki yang mohon perhatian juga seperti tak ku ingat. Hanya disebabkan satu matlamat – untuk sampai ke kuliah pengajianku. Tidak mahu aku tertinggal walau sedikit mutiara ilmu. Tidak mahu aku disoal andai mencuaikan kewajipan sebagai pelajar Muslim. Tidak sekali-kali. Sesampainya aku ke destinasi, seperti terpempan – kelas aku dibatalkan. Terasa sedihnya hati, terasa terbang sebentar kekuatan langkahku. Terasa berair mataku. Seperti tak percaya. Bukan sekali kelasku dibatalkan. Tapi tiga kali. Untuk minggu ini sahaja. Bermakna sudah tiga kalilah aku aku berkejar-kejar dari tempat kerja ke tempat belajar ini. Dan petang kali ke tiga inilah aku menulis di sini. Sementara menunggu kekuatanku di"charge" semula. Sementara menunggu azan maghrib berkumandang. Sementara menunggu waktu sesuai untuk pulang. AlhamdulilLah, di saat ini ada hubby dan Aki yang menenangkan sedih jiwa dan letih fizikal ini. Kuatkan jiwaku Ya Allah… library Friday, August 10, 2007
Be a GOOD part of a SYSTEM If you say that you want your PC enables you to complete your assignments faster and easier, you might be right If you dream your PC can run advanced software, plays games and view videos as well as movies, you may be entertained But, if you ask your PC to cook, wash and iron for you. You may be lost If you eat and stop before you are full, that's the best If you eat to satisfy your desire, you will defeated by your nafs If you eat and harm yourself, you'll be in trouble If you hear, that's average If you listen, that's better If you listen and obey, that's the best If you walk and run, you are great! If you walk and stop, you should ask yourself If you walk, drop and wake up, you'll succeed! Zuss tang is game which reminded me to be a good part of a WHOLE system. AlhamduliLah, today I manage to finish my "translation" assignment. Congrats Abang for your convocation on 26th August. Pray for me ..hehe... To my sister who furthered her second degree in MBBS ... ALL DA BEST...
Home sweet home... I missed our first home. We moved to new home last two weeks (high in the sky...) Ahlan... to all of our friends... After long time not to be here, I couldn't write from my "soul" ... In syaAllah I'll write after some time. Thursday, April 05, 2007
YOU ARE WHAT YOU BELIEVE ![]() During this short semester, I attended three courses/ workshops on academic research and development. Normally, I am truly motivated to do research for the first two weeks after those courses. Unfortunately, such precious, internal motivation did not last longer than that. I tried my best to find out reasons why it happens so. As you might imagine, it was not that tough for me to put the reasons into a long list. But what was reason no. 1? Can you guess what? The answer is SELF DISCIPLINE. To slightly deviate from this topic, I noticed that self discipline is mandatory everywhere in our life. To discipline myself to perform solat on time, to discipline myself to follow the sunnah in my daily life, to discipline myself to submit the assignments/tasks as scheduled and so on. However, how to educate myself to be a discipline person? I firmly believe that act of worship like solat and fasting is there to educate me to be such person. But, why then these acts which had been practiced since my childhood still did not able to upgrade myself? The answer is QUALITY of the performer (its me lah…) One of my colleagues whom is currently a lecturer in UKM said that she sacrificed her lunch time just to finish reading and writing her research. She ended up by having sandwiches which she packed from her house just to utilize her limited time to complete her research. Another friend of mine shared that she sacrificed her night time just to do the same thing. And of course, the other said that she used to come to her office earlier for the same reason. I guess you realized my point already. SACRIFICE. My dear hubby one time quoted this meaningful phrase – "faaqidu as syai' la yu'ti" which means a person who has nothing is not able to offer anything. Research is exactly the same. If you know nothing then you neither being able to write nor contribute something. So, READ a lot. My lecturer who taught me IET last semester said that currently there is a vacuum in non religious knowledge like Economics, for which the "economists" are not able to "read" Economics directly from Al Quran and As Sunnah. What we had been taught were mostly based on modern, secular Western economists whose worldview, belief and methodology applied are totally different from our own. So, Have you ever been in your live doing something due to its reward? I believe yes because I was the one who did this when I was young. When I was in standard three, I tried my best to come out as a scorer in my class just because I wanted to have the bike promised by Aki. And, I did. Doing research is the same. Sometimes, we need motivation in term of rewards of publishing our research. Like Prof said this morning, while struggling to complete our research, think that at the end we can contribute to the ummah, meeting many more knowledgeable people and have tour around the world when we publish/present our research. Yes. My last point is - think about REWARD. Last but not least – make DU'A. We are all have 24 hours per day. Manage it properly as it is an amanah. You might not be in the same situation like I am now, but you may have ways in deciding your own jobs sorted as highly and moderately important. Could you please share them with me? Thank you. sumayyah IKLAN: KURSUS NLP > sila klik di sini <
|