Tribute « Without Fear or Favor.






Sunday, May 10, 2009

Tribute

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mak and Me

 

"Lari! abang lari! ada gajah"

 

Saya tersenyum sendirian setiap kali mengingati peristiwa tersebut. Peristiwa yang berlaku kurang lebih 22 tahun lepas.

 

Jam di tangan sudah menunjukkan ke pukul duabelas tengahari. Matahari sudah tercacak di atas kepala melimpahi alam dengan cahaya yang terang dan membakar kulit-kulit penoreka getah seperti kami. Walaupun panas namun suasananya nyaman dan menenangkan sekali. Sekali sekala tangan dihayunkan ke kiri dan ke kanan dan kadang-kadang di atas kepala untuk menghalau nyamuk yang berterbangan di sana sini.

 

Berehat di bawah pokok getah selepas habis kerja menatin adalah kebiasaan kami. Tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa diselangseli pula dengan suara ungkas rimba yang berkicauan memberi kerehatan kepada badan yang kepenatan. Mata pun boleh jadi mengantuk.

 

Sudah lebih setengah jam kami menunggu kenderaan untuk menghantar kami ke rumah yang jaraknya kurang lebih 4 batu dari ladang. Kebiasaannya kenderaan tersebut tidaklah lambat macam ni. Mak kelihatan agak gelisah, saya masih sibuk bermain laga biji getah. Saya faham benar kenapa mak gelisah, berada di ladang leterik (elektrik) yang bersempanan dengan hutan lepas ini pada waktu begini bukan sesuatu yang menyeronokkan. Macam macam ada pada waktu begini. Sebenarnya nama "Ladang Leterik" ni bermaksud ada pagar karan (current) yang memisahkan peneroka dengan binatang-binatang hutan. Boleh bayangkan kenapa ladang ni ada pagar karan.

 

Brakk!! Brakk!!.. pohon pisang dihadapan kami tumbang satu persatu.

 

Mak Bingkas bangun. Saya memandang kearah Mak. Muka Mak cemas. Jarak di antara kami dengan pisang hutan itu kurang lebih seratus meter. Mak menjerit kearah saya.

 

"Lari! abang lari! ada gajah"

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

                                               Agaknya inilah rupa gajah itu

 

Itu peristiwa 22 tahun dulu. Naluri keibuan mengatasi ketakutan seorang wanita untuk berhadapan dengan binatang buas. Walaupun takut Mak bertahan untuk membolehkan anaknya menyelamatkan diri.

 

Allah maha kaya. Apa yang ditakuti tidak muncul. Mak sudah hampir merangkak kerana ketakutan dan saya pula masih belum hilang ketar lutut.

 

Setiap kali mengingati hal ini saya akan tersenyum dan rasa kekaguman dengan naluri keibuan seorang wanita. Menyanggahi rasa takut untuk mempertahankan anaknya adalah sesuatu yang luar biasa. Terima kasih Mak.

 

Berkebetulan pula dengan kesibukan orang menyambut hari Ibu, saya mencoretkan catatan ini tanda kasih sayang dan penghargaan yang tidak terhingga kepada Mak yang dikasihi. Juga tidak lupa untuk Isteri yang bersusah payah untuk membesarkan putera tercinta.

 

 @ Mines

 

Sumber: http://www.youtube.com/watch?v=1qeP_8fyGnQ

Posted at 12:37 pm by ammu_khalah

elmaf
May 10, 2009   08:05 PM PDT
 
Iya mama, gajah ada di Lanchang.. Kalau mama gi ke Lanchang jangan lupa bawa Thomas the talking tomato yek.. boleh bagi kat chek gajah tu..
mama
May 10, 2009   06:32 PM PDT
 
"thomas the talking tomato, he's selling you all you can eat..." Izz menyanyi dgn bahasanya yg tersendiri...hehe....
baba, gajah ade kat lanchang kan? tade saje tanye...:)

happy mother's day for mums out there!
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry

Blogdrive