Lakukan dengan GAYA « Without Fear or Favor.






Friday, May 08, 2009

Lakukan dengan GAYA

Gaya Mutu Keunggulan.

 

Sebaris slogan atau moto sebuah iklan yang popular di tv sekitar tahun 90 an dulu.

 

Gaya.

 

Kenapa orang Malaysia gila menyokong pasukan bola sebuah negara di eropah?.

 

"Saya suka gaya permainan mereka, laju dan canteek sekali" kata Mamat.

 

"Kerana mereka bermain dengan penuh bergaya" kata Boboy pula.

 

"Kerana pemain-pemain kelab-kelab tu sangat bergaya" tambah cik Minah.

 

Apakah yang menjadikan sesuatu itu bergaya dan ada gaya?

 

Gaya itu adalah kemahiran yang ditunjangi ilmu. Seseorang pelajar yang berjaya adalah seorang yang bergaya. Bergaya dalam konteks tahu bagaimana untuk mengayakan diri untuk menjayakan diri. Tahu gaya-gaya yang diperlukan untuk lulus cemerlang, membaca dengan gayanya, membuat nota dengan bergaya atau dalam kata lain untuk berjaya harus bergaya.

 

Atau saya katakannya begini, gaya itu adalah kebolehan mengadaptasi di antara kemampuan diri, penampilan diri dan peningkatan kemahiran sesuai dengan cabaran, keperluan dan situasi yang dihadapi. Pernah dengan pepatah ini: masuk ke kandang kambing bergaya seperti kambing!

 

Ramai orang mengatakan bahawa gaya itu adalah sifatnya luaran. Berbaju berjenama dari itali, berseluar yankee dari Paris, manakala berkasut aladin dari kulit buaya Africa dan sebagainya. Untuk wanita pula definasi gayanya adalah lebih ekstreem. Bermekap setebal buku ensiklopedia, memerahkan bibirnya semerah lampu isyarat di jalan di Bangi, berbaju jarang dan tegang seumpama jalang dan lagi dan lagi. isunya benarkah begitu? Teruskan lagi membaca.

 

Orang yang bergaya itu akan berjaya? Mungkin. Ambil contoh perlawanan bola sepak Barclay di Britain sekali lagi. Ia diminati ramai kerana gaya mereka bermain.  Sungguh Menghiburkan.  Gaya individu, gaya permainan berpasukan serta gaya Kejohanan bola sepak secara keseluruhan bergabung menghasil suatu debaran dan emosi dan inilah yang menyebabkan ia di minati dan terus bertahan. Ya ia permainan mereka sangat bergaya tapi saya bukan peminat mereka maaf.

 

Gaya itu lahir dari kemahiran individu, strategi pasukan dan kerja berkumpulan.

 

Boleh dikatakan bahawa, setiap sesuatu memerlukan gaya. Kerana dengan gaya menjadikan sesuatu kerja itu dapat dijayakan. Tanpa gaya kerja itu dilakukan dengan semborono dan ikutdan. Gaya itu adalah cerminan kemahiran dan pengalaman, ia juga menggambarkan aturan dan displin sesuatu perkara. Bergaya itu bermakna mengikut Cara dan Aturannya.

 

Nah! bagaimana pula untuk melantik ketua dan berpolitik?. Berpolitik juga ada gayanya yang tersendiri dan unik. Untuk melantik ketua juga ada gayanya dan perlu ikut caranya. Jangan main redah je ikut sesedap lemon je. Tanah ini ada adat dan gayanya. Ini bukan rimba belantara. Sudah ada aturan untuk menggaya dan menjayakannya.

 

Ingatlah, keutuhan sesuatu kerajaan itu terletak kepada sokongan rakyat jelata. lakukan sesuatu secara semborono dan melanggar cara dan gayanya akan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat. Tanpa sokongan rakyat kerajaan akan goyah dan negara akan parah. Bila udah kecoh macam ni semuanya dah jadi tak bergaya dan semua kerja nampaknya tidak berjaya.  

 

Kalau menaikan orang ada gaya dan caranya, apatahlagi untuk menurunkan orang. Ia lagilah perlu dilakukan dengan penuh gaya dan perlu kena caranya. Menurunkan orang dengan bergaya akan mengurangkan rasa malu seseorang tu dan boleh mengurangkan risiko berdendam. Tidakkah 1998 mengajar kita hal ini.

 

Orang akan terpesona dengan gaya. Dengan gaya yang cantik dan cara yang berasas, keadaan buruk pun dapat dilihat sebagai cantik dan disanjung. Tengoklah mana-mana hero terutamanya hero Hindustan, walaupun kalah tapi hero tetap di sanjung kerana gayanya yang sungguh bergaya. Peluru pun boleh elak dan kadang-kadang tu boleh ditangkap dengan gigi je. ( itu gaya menipu namanya)

 

Apabila manusia meninggalkan gaya di dalam melakukan sesuatu, dan melakukan sesuatu secara tidak bergaya dan hodoh. Ia bukan sahaja menampakkan kebodohan dan kesombongannya tetapi juga bakal dibenci orang. Jadi hero-hero semua, marilah selamatkanlah Perak dengan penuh gaya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Posted at 12:17 pm by ammu_khalah

dhuat
May 9, 2009   12:40 PM PDT
 
Entry yang penuh bergaya (mengalahkan hero tamil Rajnikanth)

Sapa Rajnikantah?

Pi cari kat google haha

Tahniah!
Entry yang penuh bergaya :)
Mama
May 8, 2009   01:01 PM PDT
 
intro yang menghujahkan konklusi yg tak di expect...caiyok baba!

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry

Blogdrive