Kata orang sewaktu tidur, roh kita akan berjalan-jalan. Ada kalanya ia akan menemui atau mengalami sesuatu. Saya tidak pasti sejauh mana kebenarannya, tetapi mimpi terbaru saya mengingatkan saya pada beberapa orang.
Mereka adalah sahabat-sahabat tempat saya belajar dulu. Mereka adalah sahabat yang banyak membantu dan menasihati saya. Hati saya sedikit tersentak dengan mimpi itu. Saya tidak pasti sama ada ia adalah mimpi biasa atau membawa mesej tertentu. Terkadang saya rasa bersalah kerana sudah lama benar tidak menghubungi mereka.
Tetapi yang lebih tepat rasanya, mimpi itu membawa mesej mengingatkan saya tentang sesuatu yang telah lama saya abaikan. Ya. Saya sudah lama tidak mendoakan kebaikan untuk mereka. Saya sudah lama tidak menitipkan 'online' hati saya dengan hati mereka. Dan saya dapat rasakan kekosongan itu. Kerana itu jugalah saya rasa 'bersendirian' dalam sebuah persahabatan.
Kadang-kadang terbit rasa bersalah di hati saya, di atas kealpaan ini, walaupun saya sedar tanggungjawab saudara seIslam untuk mendoakan saudaranya yang lain. Biasanya kawan-kawan baik saya saling meminta agar didoakan kebaikan dalam kehidupan, pelajaran dan kerjaya ... kerana kami yakin bahahwa doa sahabat yang ikhlas akan membantu liku perjalanan hidup kami ini. Tetapi saya telah melupakannya atau cuba melupakannya... Maafkan saya wahai sahabat.... maafkan saya.
Terima kasih Ya Allah di atas mimpi ini.
AlhamdulilLah, buku bertajuk "Exercise Book Series Microeconomics, 1st Edition" telah berada di pasaran. Ia terbitan Strategic Resource. Ia hasil usahasama beberapa tenaga pengajar di jabatan ekonomi dan saya salah seorang daripadanya (sekadar sedikit sumbangan adanya). Ia buku yang dikhususkan kepada tertiary students (diploma dan degree), sesiapa yang berminat, bolehlah mendapatkannya. Sudah tentu, sebuah buku bersaiz A4 setebal 346 mukasurat ini berbaloi untuk dimiliki.