|
|
|
|
Wednesday, August 29, 2007
moga ada hikmah... Setelah travelled sejauh beberapa puluh kilometer, turun naik komuter dan putra LRT, meredah hujan lebat, dengan payung dan juga wind breaker. Berlari-lari dan terkejar-kejar dari pejabat sehinggakan program tempat kerjaku juga terpaksa ku mohon pengecualian, tidak termasuk keterpaksaan rushing pulang ke rumah mengambil "keperluan" disebabkan "short notice". Sudahlah minggu ini saja yang masih berbaki sebelum pelajar-pelajar harapanku menduduki final. "Puan, bila carry marks kami keluar?" Ooohhh… para pelajarku… Sepasang kaki yang mohon perhatian juga seperti tak ku ingat. Hanya disebabkan satu matlamat – untuk sampai ke kuliah pengajianku. Tidak mahu aku tertinggal walau sedikit mutiara ilmu. Tidak mahu aku disoal andai mencuaikan kewajipan sebagai pelajar Muslim. Tidak sekali-kali. Sesampainya aku ke destinasi, seperti terpempan – kelas aku dibatalkan. Terasa sedihnya hati, terasa terbang sebentar kekuatan langkahku. Terasa berair mataku. Seperti tak percaya. Bukan sekali kelasku dibatalkan. Tapi tiga kali. Untuk minggu ini sahaja. Bermakna sudah tiga kalilah aku aku berkejar-kejar dari tempat kerja ke tempat belajar ini. Dan petang kali ke tiga inilah aku menulis di sini. Sementara menunggu kekuatanku di"charge" semula. Sementara menunggu azan maghrib berkumandang. Sementara menunggu waktu sesuai untuk pulang. AlhamdulilLah, di saat ini ada hubby dan Aki yang menenangkan sedih jiwa dan letih fizikal ini. Kuatkan jiwaku Ya Allah… library Posted at 06:51 pm by ammu_khalah
|